Connect with us

Oh! Media

Aliff Umum Ini Tahun Terakhirnya Sebagai Penyanyi

aliff

Oh! Artis

Aliff Umum Ini Tahun Terakhirnya Sebagai Penyanyi

“Tahun ini adalah tahun terakhir saya sebagai penyanyi”, itulah apa yang dikatakan ‘penyanyi nombor 1 Malaysia’ dan usahawan kosmetik, Datuk Seri Aliff Syukri.

ADVERTISEMENT

Kata Aliff lagi, dia merasakan tahun 2024 sebagai tahun paling suwey atau malang bagi dirinya.

Setiap gerak geri saya dikritik. Bahkan, kes baru-baru ini juga masih dalam siasatan. Sedikit sebanyak ia memberi tekanan dan penyesalan kepada saya. Jadi, saya tarik diri dan reda.

Anda tahu mengenai kes saman saya? Ia tak mudah. Saya cuba tutup masalah saya, tapi, dalam keadaan ekonomi sekarang, sedikit sebanyak ia mencabar dan emosi saya tercalar.

Sebelum ini, Aliff telah disaman sebanyak RM70 juta atas dakwaan memfitnah oleh bekas Menteri Kebudayaan, Kesenian dan Pelancongan, Tan Sri Abdul Kadir Sheikh Fadzir.

BACA: Datuk Seri Aliff Syukri Disaman RM70 Juta Atas Dakwaan Memfitnah

aliff syukri

Kredit: Harian Metro

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media.

Lagi dalam kategori Oh! Artis

Ke Atas