Connect with us
anak kak km

Oh! Artis

“Aku Minta Doa Tu Berbalik Kat Kau” – Kak KM Berang Netizen Tuduh Anak Sakit Sebab Dosa Ibu

Usahawan sensasi, Liana Rosli atau lebih mesra dipanggil Kak KM berang apabila ada netizen mengaitkan anaknya yang sakit dengan dosa-dosa yang dilakukannya.

Netizen bermulut celupar itu menuduh Rania Razman yang menghidap jantung berlubang sejak kecil sedang menanggung perbuatan ibunya yang terkenal dengan imej seksi.

IKLAN

BACA: “Patut Dia Tak Nak Pergi Sekolah” – Kak KM Kalah, Menangis Cerita Anak Sakit

Siapa je tak marah bila kena tuduh macam tu kan? Kak KM membalas mendoakan semoga ucapan tersebut berbalik kepada empunya badan.

kak km

Aku minta doa itu berbalik kepada kau. Kau tanggunglah selepas ni, anak kau akan sakit. Kau akan dapat balasan yang teruklah, nak nak pulak kepada orang yang kau sayang.

Usahawan ini menganggap apa yang berlaku adalah ujian dan takdir yang telah ditentukan Allah SWT.

Saya tak menyesal dengan kehidupan sekarang. Saya follow the flow je. Dugaan hidup saya memang teruk, jadi saya takkan lari tetapi selesaikan satu persatu.

Terdahulu, Kak KM memaklumkan anaknya Rania telah selamat menjalani pembedahan dan kini dalam tempoh rawatan. Rania perlu berehat selama dua bulan di rumah dan tak boleh melakukan kerja berat.

Kredit: xtra

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh!Media.


Editor-In-Chief. Penulis sepenuh masa di Oh! Media berkaitan isu viral dan trending di media sosial.

Lagi dalam kategori Oh! Artis

Trending Bulan Ini

Ohmedia Banner
Ke Atas