Connect with us

Oh! Media

Aisyah Aziz Bengang ‘Dia’ Buka Aib Orang Untuk Tutup Aibnya 

Aisyah Aziz

Oh! Artis

Aisyah Aziz Bengang ‘Dia’ Buka Aib Orang Untuk Tutup Aibnya 

Sehingga ke hari ini isu curang melibatkan penyanyi, Aliff Aziz masih menjadi bualan ramai. Adik kepada Aliff iaitu Aisyah Aziz tidak pernah memberikan respon mengenai isu itu sebelum ini dan hanya memuat naik petikan kata-kata islamik saja. 

ADVERTISEMENT

BACADidi Astillah Bongkar Lagi Aliff Aziz Pernah Kantoi Bersama Wanita Berstatus Isteri Orang Anak Tiga

Terbaru! Menerusi Instagram Story, Aisyah dilihat seakan-akan kurang senang dengan tindakan seorang individu tanpa memetik nama sesiapa.

Banyak kuda perang awak, saya harap awak tahu awak disayangi.

Tapi saya musykil, kenapa obsesnya awak untuk nampak baik sedangkan kita semua perangai kelaut? Can’t we just own our mistakes and move on like adults?

Seolah awak suka main game budak budak sekolah, complain gosip-gosip.

Bukan tu jer, Aisyah juga berasa kecewa dengan individu itu yang menyebabkan banyak aib sudah tersebar. Apatah lagi nama ibunya juga yang turut terpalit. 

Awak silap satu je, sebab nak tutup aib awak, awak buka aib orang lain. Awak ingat dia akan diam? Sekali dia buka mulut.

Salah dia, too damn much, salah awak pun ada juga. Sabar awak masya-Allah, sabar dia pun ada juga. So actually awak nak apa? 

Dah banyak sangat dah ni yang doa untuk kecelakaan keluarga kita, yang jahanamkan kita, minta tuhan ambil nyawa kita.

Awak bandingkan mak saya dengan mak orang lain..funny. Bukankah generasi kita sepatutnya let go main benda-benda compare ni. Wabak merebak. 

Aisyah juga meminta agar individu itu dapat menyelesaikan masalah dalam perhubungannya.

Kalau tak tahan, leave, seek help. Go for couple’s therapy. Do something to gain back the trust. Something! Anything! 

Berkali-kali kita suruh awak putus. Berkali-kali awak pilih untuk stay, namun awak lupa untuk mendalami diri awak untuk betul-betul ikhlas.

Tak slay la macam ni. Awak tahu yang saya dari awal team settle this shit privately. Benda-benda public ni semua menunjukkan kelemahan, tapi awak tak layan logic saya.

Kredit: Instagram Aisyah Aziz

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media. 

Lagi dalam kategori Oh! Artis

Ke Atas