Connect with us

Oh! Media

Adam Shahz Dedah Fatin Afeefa Minta RM3,000 Sebulan Nafkah Anak

nafkah anak

Oh! Artis

Adam Shahz Dedah Fatin Afeefa Minta RM3,000 Sebulan Nafkah Anak

Pelakon Adam Shahz mendedahkan pihak plantif (Fatin Afeefa) menuntut nafkah anak sebanyak RM3,000. Jumlah yang diminta adalah 6 kali ganda lebih banyak berbanding sebelum ini iaitu hanya RM500 sebulan.

ADVERTISEMENT

BACA: Fatin Afeefa Minta Adam Shahz Jalankan Tanggungjawab Sebagai Bapa

Namun, Adam dilihat tenang dan berpendapat pihak plantif mempunyai alasan tersendiri untuk menuntut jumlah sebanyak itu.

Pihak Fatin ada tuntut nafkah anak. Saya beri tapi mungkin ada bahagian-bahagian yang plantif merasakan tidak cukup. Sekarang ni masih dalam proses perbincangan.

Kata Adam lagi, sebagai defendan dia cuba untuk meminta amaun yang sewajarnya untuk kegunaan anak perempuannya, Ivy Herra Sophia yang kini berusia 8 tahun.

adam shahz

Dalam pada itu, Adam mengaku pendapatannya sebagai pelakon kini tidak menentu. Difahamkan, bukan Adam sahaja yang terjejas tetapi pelakon yang lain turut kurang menerima tawaran.

Namun, Adam menyangkal dakwaan terpaksa menjual motosikal Ducati kerana kesempitan wang. Dia sebenarnya menjual motosikal itu kerana mahu membeli motosikal lain.

adam shahz

Sebelum ini, Fatin berkata Adam tidak culas membayar nafkah namun enggan membayar yuran persekolahan anak mereka yang berjumlah RM3,000.

Fatin juga merasakan adalah tidak adil buat suaminya Aliff Awang untuk membayar segala perbelanjaan Ivy.

Kredit: mStar

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media. 

Lagi dalam kategori Oh! Artis

Ke Atas