Connect with us

Oh! Artis

“Ada Yang Boikot Saya” – Shuib Dikecam Gara-Gara Ucap Tahniah Kepada Syamsul Yusof

Penyampai radio, pelawak dan usahawan, Shuib menerima tempias kecaman netizen hanya kerana mengucapkan tahniah selepas Syamsul Yusof memaklumkan sudah berkahwin lagi. Marah betul netizen ni!

Difahamkan, komen yang ditinggalkan Shuib di Instagram pengarah itu hanyalah ucapan apabila orang telah selamat berkahwin.

IKLAN

Tapi, lain pula yang jadi apabila netizen naik angin sampai ada yang nak boikot Shuib. Menyedari hal itu, Shuib mengakui berasa terkejut dan merasakan ucapan tu tak perlu diperbesarkan pun.

Janganlah sampai begitu sekali. Orang tengah bahagia, kita raikan dia sebagai pasangan yang baru kahwin.

Kata Shuib lagi, dia bimbang juga bila ada yang boikot kerana perniagaannya mempunyai ramai pekerja. Dia risau hal ini memberi kesan buruk kepada perniagaannya.

Dia bagaimanapun percaya isu di media sosial tak tahan lama. Mungkin akan panas seminggu dua sahaja, kemudian orang akan lupa.

Ditanya mengenai isu poligami, Shuib menjawab dia tiada masalah kerana ianya bukan kesalahan dalam agama.

Kredit: mStar

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh!Media.

Editor-In-Chief. Penulis sepenuh masa di Oh! Media berkaitan isu viral dan trending di media sosial.

Lagi dalam kategori Oh! Artis

Trending Bulan Ini

Ohmedia Banner
Ke Atas