Connect with us

Oh! Media

Lelaki Merungut Orang Bazar Jual Mahal Ingat Dapat Sokongan Tapi Kena Kecam Balik Dengan Netizen

bazar

Oh! Makan

Lelaki Merungut Orang Bazar Jual Mahal Ingat Dapat Sokongan Tapi Kena Kecam Balik Dengan Netizen

Macam-macam cerita yang kita dapat dengar bulan Ramadan tahun ni. Mungkin sebab tahun 2022 ni kita akhirnya dapat kembali sambut secara meriah selepas 2 tahun terpaksa berdepan dengan pandemik. Antara isu yang hangat diperkatakan sekarang adalah tentang harga makanan di bazar Ramadan.

ADVERTISEMENT

BACA: “Semua Takut Nak Beli, Seram Tengok Harga”- Peniaga Nasi Tomato RM10 Akui Terpaksa Naik Harga

Sebelum ini Ohmedia ada kongsi tentang peniaga bazar yang terpaksa menaikkan harga kerana kenaikan harga barangan keperluan. Orang ramai juga faham dengan situasi yang dihadapi peniaga dan melihat harga yang diletakkan masih mampu milik.

Bagaimanapun, masih ada segelintir individu yang merungut dengan kenaikan harga jualan di bazar ramadan. Seperti yang dikongsikan oleh seorang jejaka di TikTok, dia menyeru agar peniaga-peniaga di bazar untuk menjual dengan harga yang berpatutan kerana berasa berang apabila membeli sup gearbox berharga RM50 tetapi makanannya amat kecil.

@shahirfan1994

Melampau betul harga ambil kesempatan peniage peniage KECIK. Haram betul wehh

♬ original sound – SHAHIRFAN GOMEN

Video TikTok

Biarpun beliau mengeluh dengan harga yang diletakkan oleh peniaga, netizen tidak mempunyai pandangan yang sama seperti jejaka tersebut.

Ramai memerli jejaka itu untuk memasak juadah berbuka sendiri jika dia merasakan makanan yang dijual di bazar tidak mencapai expectation dirinya.

komen tiktok

Kredit: TikTok

+ Baca respon pembaca yang di Facebook dan Telegram Oh! Media.

Lagi dalam kategori Oh! Makan

Ke Atas