Connect with us

Oh! Media

Presiden FAM Hantar Surat Mohon Menghadap Sultan Selangor

sultan selangor

Oh! Arena

Presiden FAM Hantar Surat Mohon Menghadap Sultan Selangor

Sebelum ini, Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah murka dengan keputusan denda yang dibuat Liga Bola Sepak Malaysia (MFL) ke atas pasukan Selangor FC yang dilihat melampau dan kejam.

ADVERTISEMENT

Sultan Selangor turut meluahkan rasa kecewanya ke atas Presiden FAM, Datuk Hamidin Mohd Amin kerana tidak tegas untuk bersuara berhubung isu yang menimpa pemain Faisal Halim serta Selangor FC.

BACA: “Dibuat Tanpa Ihsan, Tak Berperikemanusiaan” – Sultan Selangor Murka Dengan MFL

Sedar tentang perkara ini, Hamidin dalam satu kenyataan berkata beliau sudahpun menghantar surat rasmi kepada Istana untuk memohon menghadap Sultan Selangor.

Saya maklum dengan dukacita Sultan Selangor. Saya sudah hubungi pihak istana semalam. Kemudian, saya susuli dengan menghantar warkah untuk mengadap Sultan Selangor hari ini bagi memberi penjelasan (mengenai kemelut dan isu terkini).

Setakat ini, kita masih menantikan maklumat lanjut sama ada permohonan mengahadap ini diterima atau tidak. Diharapkan, segala isu yang timbul ini dapat diselesaikan dengan baik.

Kredit: Harian Metro

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media.

Lagi dalam kategori Oh! Arena

Ke Atas