Connect with us
olimpik paris

Oh! Arena

Pemilihan Penaja Rasmi Kasut Kontinjen Malaysia Ke Olimpik Paris 2024 Pula Dikritik

Banyak juga perkara yang tak kena dengan persiapan kontinjen Malaysia ke Olimpik Paris 2024 ni. Kalau sebelum ni ramai yang kritik tentang corak baju atlet, sekarang penaja kasut pula dipertikai.

BACA: “Baju Family Day Ke Ni?” – Netizen Terkejut Tengok Baju Rasmi Kontinjen Malaysia Ke Olimpik Paris

IKLAN

Ini gara-gara tersebarnya di aplikasi X tentang syarikat kasut Skechers yang diumumkan sebagai penaja rasmi kasut kontinjen Malaysia.

Ramai tak puas hati sebab Skechers ada kaitan dengan zionis…

Pengumuman ini mendapat reaksi kurang baik di kalangan rakyat Malaysia kerana pemilik jenama berkenaan iaitu Michael Greenberg didakwa seorang zionis dan penyokong tegar Israel.

Tidak cukup dengan itu, jenama Skechers juga termasuk dalam senarai boikot The Witness.

olimpik paris

Bagaimanapun, seorang individu mendakwa keputusan untuk membawa masuk penaja adalah di bawah bidang kuasa Majlis Olimpik Malaysia dan bukannya melibatkan Kementeri Belia dan Sukan.

Kredit: Aplikasi X

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media.

Sayalah penulis sepenuh masa di Oh! Media yang selalu temani awak di saat susah nak tidur tu. Nak tahu apa yang terkini dan viral boleh cari nama abang ok!

Lagi dalam kategori Oh! Arena

Trending Bulan Ini

Ohmedia Banner
Ke Atas