Connect with us

Oh! Media

Kylian Mbappe Disiasat Bayar Polis Dengan Jumlah Hampir RM900K

Ohmedia mbappe2

Oh! Arena

Kylian Mbappe Disiasat Bayar Polis Dengan Jumlah Hampir RM900K

Mbappe disiasat lepas didakwa beri wang kepada lima pegawai polis Perancis.

Baru-baru ini, nama bintang bola sepak dunia Kylian Mbappe tiba-tiba jadi sebutan selepas didakwa terlibat dengan satu transaksi kewangan mencurigakan melibatkan lima pegawai polis di Perancis.

Menurut pejabat pendakwa raya kepada AFP, satu kertas siasatan telah pun dibuka untuk menyiasat perkara ini dengan lebih lanjut. Ia melibatkan pegawai polis yang ditugaskan melindungi pasukan bola sepak kebangsaan Perancis.

Lebih menarik perhatian, siasatan ini tercetus selepas unit anti-pengubahan wang haram di bawah Kementerian Kewangan Perancis mengesan satu transaksi mencurigakan yang memberi manfaat kepada lima anggota keselamatan terbabit.

IKLAN

Transaksi hampir RM900,000 dari Mbappe dipersoal…

Laporan oleh akhbar mingguan Le Canard Enchaîné mendedahkan bahawa jumlah wang yang terlibat dalam transaksi itu dianggarkan sebanyak RM887,347. Duit tersebut didakwa telah diberikan kepada pegawai terbabit untuk tujuan peribadi.

Pejabat pendakwa raya mengesahkan siasatan masih di peringkat awal dan agak rumit kerana ia membabitkan urusan kewangan yang kompleks.

Siasatan yang bersifat rumit, terutamanya apabila melibatkan transaksi kewangan sedang dijalankan bagi menentukan sama ada sebarang kesalahan jenayah telah berlaku.- Jelas mereka lagi.

Mbappe tampil beri penjelasan…

Dalam masa yang sama, Mbappe tidak berdiam diri dan terus mempertahankan tindakan yang dipersoalkan itu.

Menurut kenyataan rasmi, penyerang Real Madrid itu menegaskan bahawa semua transaksi dilakukan mengikut peraturan dan tiada unsur salah laku.

Kenyataan tersebut turut menyatakan bahawa Mbappe memang sentiasa menyumbangkan bonus yang diterimanya setiap kali beraksi bersama pasukan kebangsaan Perancis kepada organisasi kebajikan dan juga kakitangan keselamatan.

Itulah yang dilakukannya selepas Piala Dunia 2022, apabila dia gemar menyumbang.- Kata kenyataan itu.

Pssttt! Isu ni memang mengundang banyak spekulasi, lebih-lebih lagi bila melibatkan selebriti sukan terkenal. Tapi Ohmedia harap korang jangan cepat buat andaian. Dalam dunia sekarang, duit boleh jadi isu sensitif dan semua perlu dilakukan secara telus. Kalau ada niat nak bantu orang sekalipun, pastikan cara tu sah dan ikut saluran yang betul. Jangan sampai niat baik disalah tafsir pula nanti.

Kredit: Harian Metro
Reaksi netizen di Facebook, X, dan Instagram.

** Dapatkan kemaskini harian Oh! Media setiap hari terus di emel melalui langganan percuma di bawah.

🚀 Baca Yang Paling Best Je.

Setiap jam 8 malam, kami pilih yang paling best dan hantarkan terus.
Percuma. Tak spam. Just the good stuff.

Kongsikan artikel ini:

author avatar
M. Hafizal
Hafizal adalah penulis sepenuh masa di Oh! Media yang sentiasa hadir menemani anda, terutama di saat-saat lewat malam. Untuk mendapatkan berita terkini dan cerita viral, jangan lupa cari nama Hafizal—sentiasa ada untuk menghibur dan menginformasikan anda!

Lagi dalam kategori Oh! Arena

Oh! Podcast

Ingat Oppa Sweet Macam Dalam K-Drama? Aisyah Bongkar Realiti Sebenar Di Korea! | Oh! Podcast Ep 18

OH! MEDIA 29/10/2025 3:17 PM

Oh! Botcast

Popular Bulan Ini

Ohmedia Banner
Ke Atas