Connect with us

Oh! Media

Faisal Halim Dah Keluar Hospital, Ditempatkan Di Lokasi Rahsia

Faisal Halim

Oh! Arena

Faisal Halim Dah Keluar Hospital, Ditempatkan Di Lokasi Rahsia

Hangat di media sosial mengenai pemain bola sepak kebangsaan, Faisal Halim yang disimbah asid sehingga melecur tahap empat oleh dua individu yang tidak dikenali baru-baru ini. 

ADVERTISEMENT

BACAAda Cerita Baru Tersebar Mengenai Kejadian Simbah Asid Faisal Halim

Menurut laporan Astro Awani, tonggak utama pasukan Selangor FC itu kini ditempatkan di lokasi rahsia bagi menjalani proses pemulihan sepenuhnya.

keputusan untuk tidak membiarkan Faisal berehat di rumah adalah atas faktor keselamatan dah perkara ini dikatakan sendiri Ahli Lembaga Pengarah Selangor FC, Datuk Seri Shahril Mokhtar.

Jadi buat masa ini di buat recovery (pemulihan) bukan di rumah, di tempat yang kelab telah tetapkan atas faktor keselamatan. Jadi kalau ada apa-apa sidang media, kemudianlah.

Beri masa agar bila Faisal Halim sudah betul-betul bersedia (buat penampilan). Tetapi ini akan mengambil masa yang lama sedikitlah. Dia tengahgo through dia punya recovery period dia sekarang.

Bukan tu jer, Faisal juga telah dibenarkan keluar dari hospital selepas tiga minggu menjalani rawatan dan perlu ulang alik untuk proses rawatan susulan seperti cuci luka dan sebagainya.

Kredit: Astro Awani

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media.

Lagi dalam kategori Oh! Arena

Ke Atas