Connect with us

Oh! Media

Air Terjun Depan Rumah! Yasmin Hani Tak Sabar Pindah Rumah Baru Di Gamuda Gardens

Branded

Air Terjun Depan Rumah! Yasmin Hani Tak Sabar Pindah Rumah Baru Di Gamuda Gardens

Walaupun kita masih dalam pandemik, ia tidak menghalang kita untuk mendapatkan rumah idaman. Ini selepas baru-baru ini Gamuda Land baru sahaja selesai melakukan proses penyerahan kunci rumah kepada pemilik untuk fasa pertama yang terletak di Gamuda Gardens Sungai Buloh dan twentyfive.7 di Kota Kemuning.

Antara perumahan yang ada di twentyfive.7 berkeluasan 257 ekar adalah Lucent Residence yang . Kawasan ini mula dilancarkan pada tahun 2017 yang lalu dan kini telah berjaya mendirikan 181 unit rumah superlink dan 98 unit rumah semi-d. Apa yang paling menarik, sebanyak 80% telahpun berjaya dimiliki oleh rakyat Malaysia.

Gamuda Gardens juga sudah berjaya melakukan penyerahan kunci sebanyak 562 unit rumah teres 2 tingkat di Village Homes. Kalau korang pergi ke sana, ia mempunyai akses terus ke Waterfront Village, clubhouse Gardens Wellness dan taman mesra haiwan peliharaan yang berkeluasan 50 ekar. Menarik kan? Korang masih sempat kalau nak lakukan pembelian kerana sebanyak 83% telah dijual dengan hanya unit terhad untuk dimiliki.

Kami sangat mengalu-alukan komuniti baru kami ke kediaman baru mereka yang sesuai dengan gaya hidup norma baharu. Pelanggan memberitahu kami bahawa mereka tidak sabar untuk pindah ke rumah baru terutama setelah mengalami perintah kawalan pergerakan (MCO). Ini memberi jaminan kepada kita sekali lagi bahawa dengan perancangan bandar yang baik seperti Gamuda Gardens dan twentyfive.7 yang mengambil kira gaya hidup mereka di luar tempat kediaman. – Kata Ketua Pegawai Eksekutif Gamuda Land, Ngan Chee Meng.

Kalau korang pergi ke twentyfive.7, mereka turut telah mendirikan  sebuah mall iaitu Quayside Mall, sebuah pusat membeli-belah dengan ciri moden dan akan mula dibuka pada penghujung tahun 2020 ini.

Kita lihat pula apa yang akan korang dapat jika berada di Gamuda Gardens, seperti yang diberitahu, korang akan mempunyai akses ke  Gardens Wellness Club yang turut dilengkapi dengan kolam renang bersaiz Olimpik, gimnasium, 8 gelanggang badminton, bilik tarian, sauna, dan banyak lagi.

Hari minggu korang juga tidak akan bosan sebab kita boleh membawa anak-anak ke taman tema air Big Bucket Splash yang betul-betul dekat dengan kawasan ini. Semua ini disediakan Gamuda Land.

Terasa nak ambil kunci rumah dengan Gamuda Land juga!

Selebriti terkenal Yasmin Hani pun baru-baru ni ada kongsikan gambar dia menerima kunci rumah di Gamuda Gardens. SOP mesti dipatuhi dan setiap pelanggan dinasihatkan untuk melakukan pra-tempah tarikh yang diinginkan melalui aplikasi Gamuda Land sahaja. Jadi mudahlah untuk kita melakukan temu janji bersama staff Gamuda Land sebab slot untuk setiap hari agak terhad bagi memastikan SOP terjaga.

Untuk maklumat lanjut korang boleh terus ke Gamuda Land.

Comments

Lagi dalam kategori Branded

Ke Atas