Connect with us

Oh! Media

Wow Makin Banyak Content Tempatan Dekat Disney+ Hotstar, Macam Ni Baru Syiok Langgan Setiap Bulan

Branded

Wow Makin Banyak Content Tempatan Dekat Disney+ Hotstar, Macam Ni Baru Syiok Langgan Setiap Bulan

“Eah kau dah tengok cerita Marvel yang baru tu? Best weyh?”

Hmm.. Siapa yang tak langgan Disney+ Hotstar mesti rasa FOMO kalau ada kawan tanya soalan ni kan?

Sejak memasuki pasaran Malaysia bermula Jun lepas, ramai yang excited dengan kandungan yang ditawarkan oleh laman penstriman video ni.

Manakan tidak, korang boleh dapat akses kepada rancangan Disney, Marvel, Star Wars, Pixar dan National Geographic kegemaran korang hanya dalam satu aplikasi.

Tapi bukan itu saja, kalau korang nak tau Disney+ Hotstar turut menawarkan content tempatan yang best tau, salah satunya cerita Ayahanda yang viral di sosial media baru-baru ni.

Sempena bulan Kemerdekaan dan Hari Malaysia yang bakal tiba, Disney+ Hotstar nak tawarkan lebih banyak tajuk-tajuk drama dan filem tempatan yang confirm gempak. Memang rugilah siapa yang tak langgan lagi tu!

Meyh kami share antara tajuk menarik dan popular yang menanti korang.

1. Terlerai Noktah (bermula 26 Ogos)

Terlerai Noktah (Disney+ Hotstar) OM

Drama ini berkonsepkan psiko-thriller dibintangi Nabila Huda, Azhan Rani, Aidil Aziz, Raysha Rizrose, Atikah Suhaime dan ramai lagi. Ia mengisahkan dua saudara perempuan bernama Zaira dan Hani yang didera oleh ibu mereka sendiri. 

20 tahun kemudian, Zaira yang kini bekerja sebagai jururawat di hospital mental swasta menerima pesakit baru Hani, adiknya yang hilang hampir dua puluh tahun yang lalu. 

Sejak itu, peristiwa misteri mula berlaku dalam hidup Zaira dan satu demi satu rahsia hitam terbongkar.

2. Anak Sena (bermula 26 Ogos)

Anak Sena (Disney+ Hotstar) OM

Sena, seorang Tok Batin dari penduduk asli Bateq tinggal di hutan. Sebagai ketua kampung, Sean mahu anak-anaknya pergi ke sekolah untuk mendapatkan pendidikan.

Dia mempunyai seorang anak lelaki bernama Wadi. Seorang kanak-kanak yang suka bermain bola sepak, tetapi selalu ponteng sekolah. 

Pada suatu hari, akibat dimarahi oleh gurunya, Wadi lari dari rumah. 

Drama ni menarik kerana menunjukkan kehidupan masyarakat orang asli dan penggambaran cerita ni turut dilakukan di perkampungan orang asli yang sebenar. Mantaplah!

3. Upin & Ipin Musim-13 (bermula 20 Ogos)

Upin-Ipin Musim Ke-13 (Disney+ Hotstar) OM

Peminat setia Upin-Ipin pasti menantikan musim terbaru siri kanak-kanak popular di Malaysia ni kan? Kali ni Disney+ Hotstar bawakan musim ke-13 untuk korang. 

Musim kali ni pastikan lebih kelakar dan menghiburkan apabila Upin dan Ipin dalam misi mencari Merah, burung kakak tua milik rakan Tok Dalang.

Dapatkah Upin, Ipin dan rakan-rakan dia jumpa semula Merah ni? Korang kenalah tengok sendiri.

4. Ejen Ali The Movie: Misi Neo

Ejen Ali The Movie: Misi Neo (Disney+ Hotstar) OM

Satu lagi siri untuk peminat animasi tempatan kini ditayangkan di Disney+ Hotstar. Jika dalam filem Ejen Ali The Movie yang lalu, penonton diberi bayangan Ali akan dipilih untuk mengetuai perancangan terbaru MATA iaitu Misi Neo.

Dalam Ejen Ali The Movie: Misi Neo ini, cabaran yang lebih mendebarkan menanti Ali dan ejen MATA. Dapatkan mereka terus mempertahankan Cyberaya daripada serangan musuh?

5. Club Mickey Mouse Musim Ke-4 (Better Together, Episod Istimewa Merdeka) 25 Ogos

Club Mickey Mouse Musim Ke-4 (Disney+ Hotstar) OM

Siri original Disney, Mickey Mouse Club kembali lagi. Kali ni, ada episod istimewa sempena bulan kemerdekaan.

Dalam episod istimewa ni, Eric telah menjumpai set televisyen vintaj yang ‘pecah’ di Mickey Mouse Clubhouse, lepas tu dia tiba-tiba dibawa ke Tanah Melayu pada tahun 1957. Dapat tak Eric kembali semula ke Clubhouse?

Sementara itu, tetamu istimewa Sophia, Azira dan Manggis dari kumpulan gadis popular De Fam akan berada di Clubhouse dan akan mengambil bahagian dalam permainan bertemakan Malaysia. Jangan lupa tengok tau, mesti havoc punyalah!

6. Ada Hantu 

Ada Hantu (Disney+ Hotstar) OM

Wayang tutup, tak perlu risau Disney+ Hotstar bawakan filem terbaru untuk korang terus ke kaca televisyen. Filem seram pula tu. Bestnya!

Filem Ada Hantu mengisahkan Alif seorang YouTuber yang tidak percayakan hantu. Nak tunjuk berani, Alif celebrate birthday dia dengan mengajak kawan-kawan baiknya ke sebuah banglo lama yang ditinggalkan oleh tentera Jepun semasa Perang Dunia II.

Apa yang Alif tau tahu, banglo tu ada penunggunya rupanya!

7. Munafik

Munafik (Disney+ Hotstar) OM

Filem berkaitan paranormal dengan unsur seram ni mengisahkan Adam, seorang pengamal perubatan Muslim yang tidak dapat meneruskan pekerjaannya dan menerima kenyataan kematian isterinya. 

Selepas dia berjumpa Maria, perkara yang aneh mula berlaku berlaku dalam kehidupannya.

8. Guang

Guang (Disney+ Hotstar) OM

Bukan drama dan filem Melayu je, rancangan berbahasa Mandarin keluaran Malaysia pun ada juga tau. 

Kami yakin mesti ramai lagi yang tak menonton filem Guang, cerita ni mengisahkan tentang seorang pemuda autistik bernama Wen Guang, yang mempunyai kesukaran untuk fokus dan bersosial.

Tapi adik Wen Guang ni mahukan abang dia untuk mencari pekerjaan supaya bantu ringankan beban keluarga. Persoalannya adakah abang dia boleh diterima masyarakat? 

Cerita ni agak sedih tapi pada masa yang sama memberikan inspirasi. Korang wajib tengok!

9. The Kid From The Big Apple 2: Before We Forget

The Kid From The Big Apple 2: Before We Forget (Disney+ Hotstar) OM

Satu lagi filem Cina tempatan menarik untuk ditonton. Filem ini merupakan sekuel The Kid from the Big Apple yang ditayangkan pada tahun 2016. Mengisahkan Sarah dan ibunya, Sophia kembali ke kampung halaman mereka di Kuala Lumpur untuk tinggal bersama bapanya, Lin di sebuah kondominium yang baru dibeli. 

Namun, perkara akan menjadi berbeza apabila Lin menderita demensia dan mula melupakan perkara-perkara bahagia di sekelilingnya.

Langgan Disney+ Hotstar untuk sentiasa up to date 

Donwload Disney+ Hotstar di Apple App Store atau Google Play Store

Ini baru sikit tau yang kami share, kalau korang nak hiburan tanpa had dari dalam dan luar negara, korang kenalah langgan Disney+ Hotstar.

Setakat ni pakej langganan yang ditawarkan ialah RM54.90 bagi tempoh setahun. Aplikasi Disney+ Hotstar ni boleh distrim melalui telefon pintar, tablet, serta TV yang disambung ke pemain media. 

Tapi sebelum tu jangan lupa muat turun aplikasi Disney+ Hotstar di Apple App Store atau Google Play Store.

Bagi yang menggunakan LG TV, korang hanya perlu install Disney+ Hotstar di LG Content Store kemudian tekan launch untuk menikmati kandungan yang disediakan.

Untuk maklumat lanjut atau nak tau cara untuk melanggan. Korang boleh follow Facebook Disney+ Hotstar atau klik terus di SINI.

Lagi dalam kategori Branded

Ke Atas