Connect with us

Oh! Media

(VIRAL) Video Kumpul Plushie Tular, Warganet Terhibur Lihat Gelagat Abang Sado Gantung Plushie Di Beg

Branded

(VIRAL) Video Kumpul Plushie Tular, Warganet Terhibur Lihat Gelagat Abang Sado Gantung Plushie Di Beg

Selalu kalau kita nampak kandungan abang-abang sado di media sosial, kebanyakkan yang tular mesti berkaitan dengan gym atau tips kecergasan betul tak? 

Tapi, lain pula yang terjadi pada seorang abang sado ini, di mana dia viral di media sosial hanya disebabkan menggalas beg yang penuh dengan plushie comel. 

Menjenguk ke ruangan komen, kebanyakan warganet meluahkan rasa kagum dengan menyatakan ianya sangat comel, serta ada juga berpendapat perkara ini adalah satu trend hangat dalam kalangan Gen Z. 

Namun, bukan video viral lah kalau tak ada kecaman betul tak? Ada segelintir netizen yang meninggalkan komen berbau kecaman serta menidakkan tindakan lelaki tersebut, menyatakan lelaki tidak sewajarnya membawa imej sedemikian…

Tolak Tepi Rasa Malu, Yang Penting Anak Merasa Bahagia

Itu lah orang kata, jangan cepat sangat menilai. Ambil tahu dulu pucuk pangkal cerita. Ada kisah yang menyentuh hati disebalik kejadian ini tau.

Korang tahu tak, abang sado yang disangka kumpul dan gantung plushie pada beg tu, sebenarnya dia beli untuk anaknya.

Kfc Kuromi

Sebagai ibu bapa, kita mesti sanggup melakukan apa jua perkara demi membahagiakan anak-anak tercinta betul tak? Haa, itu lah apa yang dilakukan oleh abang sado tersebut. 

Dalam pada itu, KFC Malaysia mengambil inisiatif dengan menghubungi Abang Sado tersebut dan menjemput dia bersama anaknya untuk menikmati KFC Bucket di KFC. 

Bukan itu saja, KFC juga menghadiahkan lebih banyak Kuromi Plushie Charms untuk anak perempuannya sebagai tanda penghargaan. 

Chop, chop, chop! Bila tengok balik Kuromi Plushie Charms KFC ni, memang nampak comel lah! 

Siapa dekat sini yang memang die hard fan Kuromi, korang memang wajib dapatkan KFC X Kuromi Plushie Charms ni sekarang di mana-mana cawangan KFC berdekatan sekarang!

🚀 Baca Yang Paling Best Je.

Setiap jam 8 malam, kami pilih yang paling best dan hantarkan terus.
Percuma. Tak spam. Just the good stuff.

Kongsikan artikel ini:

author avatar
Muhamad Faris
Faris merupakan penulis editorial sepenuh masa di Oh! Media, yang mengkhususkan dalam menghasilkan artikel-artikel berkaitan pemasaran. Dengan tumpuan penuh pada strategi dan tren terkini, Faris memastikan setiap kandungan memberikan nilai tambah kepada pembaca dan rakan industri.
Teruskan membaca..

Lagi dalam kategori Branded

Ke Atas