Connect with us

Oh! Media

Tambah Satu Rutin, Ini Cara Dapatkan Kesan Skincare Lebih Cepat

Branded

Tambah Satu Rutin, Ini Cara Dapatkan Kesan Skincare Lebih Cepat

Ramai antara kita dah guna bermacam jenis skincare untuk mendapatkan kulit lebih sihat dan cantik. Tapi, ramai juga yang masih tak dapat tengok hasilnya. Kenapa tu? Jom kami kongsikan macam mana nak tengok hasil lebih cepat, guna satu produk je.

Pernah dengar tak booster serum? Haa, kalau serum biasa dah ramai yang tahu, tapi booster serum mungkin benda baru. Apa itu booster serum? Booster serum yang lain dari serum biasa kerana memberikan kesan lebih cepat berbanding serum biasa.

Booster serum mengandungi bahan yang berkepekatan lebih tinggi tetapi lebih ringan teksturnya. Hasilnya, kulit dapat menyerap lebih cepat. Booster serum menjadi rahsia utama untuk melawan masalah kekeringan, kulit kusam, garis halus, jerawat dan masalah kulit lain.

Jenama penjagaan kulit Jepun memperkenalkan H.A Supreme Booster Serum  dirumus dengan 4 tahap Hyaluronik Asid (H.A) dan bahan yang pekat untuk membantu pengguna menambah keberkesanan produk skincare. Hasil kajian di makmal Hada Labo, booster serum ini mampu mengurangkan parut jerawat dan bintik hitam sebanyak 48%, melegakan kerengsaan kulit dalam 5 minit dan kelembapan kulit selama 24 jam!

H.A. Supreme Vita Brightening Booster Serum

Terdapat 3 variants kesemuanya dari Hada Labo bagi memenuhi masalah kulit berbeza. H.A. Supreme Vita Brightening Booster Serum diperkaya dengan formula Whitening Injection iaitu bahan popular skincare, Niacinamide 5%, Vitamin B12 dan Hyaluronik Asid.

Bagi korang dengan kulit kusam wajib try ni sebabnya booster serum ini mencerahkan kulit dan mengurangkan bintik hitam dan parut jerawat sebanyak 48%. Kulit lebih cerah berseri jadinya!

H.A. Supreme Cera Hydrating Booster Serum

H.A. Supreme Cera Hydrating Booster Serum membantu masuk jauh ke dalam kulit bagi menguatkan lapisan perlindungan kulit bagi menghidrasikanya. Bila sudah lengkap terhidrasi, pori akan kelihatan lebih kecil.

4 Hyaluronik Asid ditambah pula dengan Ceramide memberikan kelembapan hebat untuk kulit dan melindungi dari kehilangan lembapan. Setelah disapu, booster serum ini cepat diserap dan membekalkan 24 jam hidrasi.

H.A. Supreme Cica Soothing Booster Serum

Siapa penggemar ulam pegaga? Jangan tak tahu pegaga juga ada bermacam kebaikan untuk kulit. Buktinya Hada Labo juga ada variant H.A. Supreme Cica Soothing Booster Serum. Ianya diperkaya dengan 20,000ppm (bahagian untuk setiap juta) Cica Complex selain 4 jenis Hyaluronik Asid.

Booster serum ini dicipta untuk korang yang bermasalah kulit berjerawat dan rengsa. Sapukan di wajah dan kulit berjerawat dan rengsa akan dilegakan dalam 5 minit disamping memberikan kelembapan.

Cara penggunaan

Untuk mula menggunakan booster serum ini dalam rutin penjagaan kulit korang, gunakan seperti langkah di bawah:

Langkah 1: Sapukan Hada Labo Lotion (Untuk siang dan malam).

Langkah 2: Sapukan booster serum bersaiz kacang pea pada pipi, dahi, hidung dan dagu.

Langkah 3: Lekapkan secara lembut pada wajah sehingga diserap sepenuhnya kulit.

Bagi mereka dengan kulit sensitif, tak perlu risau untuk menggunakannya kerana booster serum ini bebas alkohol, wangian, minyak mineral dan pewarna, jadi semua jenis kulit pun boleh menggunakannya.

Jom miliki kulit lebih sihat tanpa masalah dengan Hada Labo H.A Supreme Vita Booster Serum yang sudah boleh didapati di farmasi terkemuka juga secara online di Shoppee dan Lazada.

Penulis editorial sepenuh masa di Oh! Media. Memfokuskan sepenuhnya artikel-artikel berkaitan pemasaran.

Comments

Lagi dalam kategori Branded

30 Hari Paling Trending

Ke Atas