Connect with us

Branded

Tak Layak Wakil Olimpik? Ni Peraduan Paling Sesuai Untuk Korang. Sertai 4Tastic Foodie Race & Menang Hadiah Bernilai Lebih RM10K!

Olimpik Paris 2024 dah dekat. Korang ada plan tak nak layan mana-mana game? 

Kalau korang nak tau, Malaysia akan menghantar 26 orang atlet yang mewakili sukan badminton, berbasikal, memanah, golf, pelayaran, renang, menembak angkat berat, olahraga dan terjun.

Excitednya!!!

Tapi kan…. Tak syok pula kalau tonton perlawanan takde ‘peneman’ makanan kan?

Say no more guys. 4Fingers kan ada!

Jom Makan 4Fingers & Sertai 4Tastic Foodie Race. Boleh Menang Samsung S24 Ultra!

Bayangkan sedap-sedap makan Wingettes dan Drumettes 4Fingers korang menang Samsung S24 Ultra? Bestnya!

Haaaa.. Ni kami nak kongsikan, sempena Sukan Olimpik Paris 2024 yang bakal tiba, 4Fingers sedang menganjurkan peraduan 4Tastic Foodie Race yang menawarkan hadiah menarik bernilai lebih dari RM10,000!

Cara penyertaan mudah je, ikut langkah di bawah: 

Langkah 1: Kunjungi mana-mana restoran 4Fingers dan buat pembelian (makan di restoran atau bawa pulang) sepanjang tempoh peraduan. Pembelian terhad kepada menu ala carte atau kombo sahaja.

Langkah 2: Klik DI SINI untuk menghantar penyertaan anda dengan memuat naik gambar resit asal anda.

Langkah 3: Simpan resit sebagai bukti pembelian. Pastikan anda membuat sekurang-kurangnya 4 pembelian (resit) sepanjang tempoh peraduan untuk melayakkan diri. Untuk setiap RM10 yang dibelanjakan dalam satu resit, anda akan mendapat 1 setem. Kumpul seberapa banyak setem untuk menang!

Bilangan setem akan dikira secara automatik apabila anda menghantar penyertaan secara dalam talian.

Peraduan bermula 17 Julai sehingga 16 Ogos 2024. Korang boleh mengunjungi mana-mana restoran 4Fingers, makan sebanyak mungkin dan berpeluang untuk memenangi hadiah lumayan!

Hanya pembelian secara fizikal di restoran 4Fingers atau laman sesawang rasmi 4Fingers layak menyertai peraduan 4Tastic Foodie Race.

Pemenang akan dipilih berdasarkan jumlah setem tertinggi yang dikumpul sepanjang tempoh peraduan.

Hadiah yang menanti korang: 

Hadiah Utama: Samsung Galaxy S24 Ultra (bernilai RM6,299) x1

Hadiah Kedua: Samsung Galaxy Watch6 44mm (bernilai RM1,199) x1

Hadiah Ketiga: Samsung Galaxy Buds FE bernilai RM399 setiap satu x5

Hadiah Saguhati: Samsung Galaxy Fit3 bernilai RM299 setiap satu x10

Tunggu apa lagi. Set date, lunch dan dinner korang di 4Fingers dan korang mungkin pemenang untuk 4Tastic Foodie Race.

Maklumat lanjut, ikuti 4Fingers di Facebook dan Instagram.

Penulis editorial sepenuh masa di Oh! Media. Menyampaikan artikel pemasaran dalam bentuk santai dan infomatif.

Lagi dalam kategori Branded

Trending Bulan Ini

Ohmedia Banner
Ke Atas