Connect with us

Oh! Media

Tak Boleh Beraya? Ini 5 Idea Hadiah Raya Mampu Milik Sebagai Pengganti Diri

Branded

Tak Boleh Beraya? Ini 5 Idea Hadiah Raya Mampu Milik Sebagai Pengganti Diri

Untuk kali kedua, kita akan beraya dalam keadaan yang berbeza daripada tahun-tahun sebelumnya. Walau apa pun yang berlaku, kita mesti bersyukur kerana masih diberi kesihatan yang baik,keluarga dan  rakan-rakan pun sihat walafiat meskipun jauh di mata. 

Apa kata kongsikan kasih sayang musim raya ini dengan titipkan hadiah untuk mereka yang jauh? Semoga boleh sedikit sebanyak membahagiakan hati mereka. Jom kami kongsikan pilihan hadiah yang korang boleh pilih musim raya ini!

Kintry

Lupakan sekejap kuih raya, tampilkan kelainan dengan pemberian aneka snek jenama Kintry ini. Tak tahu nak pilih yang mana? Produk yang wajib dicuba adalah Salted Egg Yolk Potato Chips, Salted Butter Caramel Granola dan Pandan Gula Melaka Granola. Boleh dihadiahkan dengan harga serendah RM73 untuk satu set Midi Raya Gift Pack yang mengandungi 7 pek mini. 

Wishful

Hadiah yang dipilih di Wishful akan diberi sentuhan peribadi lagi istimewa kerana disertakan dengan mesej tulisan tangan untuk penerimanya. Setiap satu daripadanya dibuat dengan teliti oleh Wishful untuk menonjolkan keikhlasan pemberi. Terdapat 7 pilihan set untuk dipilih berdasarkan personaliti bakal penerima.

The Tapping Tapir

Tak ada yang lebih nikmat selain dapat minum di siang hari selepas sebulan berpuasa. Lagi best kalau dapat minuman The Tapping Tapir ni! Seunik namanya, perasa air berkarbonat ni pun boleh tahan unik tau, antaranya apple & vanila, grapefruit & chamomile, oren & jasmine, bunga raya & limau, jambu batu & serai dan bermacam lagi. Mesti tak pernah dengar kan? Confirm penerima pun happy terima set air The Tapping Tapir ni.

Souly

Untuk korang yang suka sesuatu yang extra, set hamper raya Souly adalah jawapannya! Nampak eksklusif dan mewah, tapi set ini adalah stok tersedia, sesuailah bila buntu tak sempat tempah lebih awal. Terdapat 11 pilihan hamper untuk dipilih dan digubah mengandungi teh jasmine, kurma, biskut cip coklat, almond chips, aprikot dan bermacam lagi. Turut didatangkan dengan kad raya dan boleh disertakan dengan ucapan korang.

Rainbow and Ruffles

Siapa kata nak bagi hadiah raya kena berbelanja banyak? Di Rainbow and Ruffles, serendah RM28 pun dah dapat okay? Terdapat 5 set untuk dipilih mengikut bajet korang, mengandungi pilihan kurma Mariami & Safawi, hinggalah kek lapis, biskut bangkit santan, tart nenas dan serunding.

Untuk yang kurang bernasib baik jangan dilupa

Pemberian untuk keluarga dan rakan dah ada idea, untuk yang kurang bernasib baik jangan dilupa. Jom “Kongsikan Senyuman with Klook” dengan mendermakan tiket aktiviti kepada  rumah kebajikan kanak-kanak yang memerlukan. Bila lagi nak berkongsi rezeki kan? Kalau korang nak menyumbang, boleh klik di SINI.

Nak tengok banyak lagi set hadiah raya dan deal menarik? Lawati Klook sekarang, paling best, Klook nak belanja duit raya RM100, siapa cepat, dia dapat! Untuk maklumat lanjut, baca butirannya di SINI dan juga follow Instagram @klookmy untuk info.

Teruskan membaca..
Berita lain yang popular...
Comments

Lagi dalam kategori Branded

Ke Atas