Connect with us

Oh! Media

Sambut Ulang Tahun Ke-12, Watsons Beri Kejutan Khas Buat Ahli, Hadiah Utama Menang Rumah Weyh!

Watsons Win A Home

Branded

Sambut Ulang Tahun Ke-12, Watsons Beri Kejutan Khas Buat Ahli, Hadiah Utama Menang Rumah Weyh!

Bertuah jadi ahli Watsons setiap kali ulang tahun keahlian Watsons, banyak betul hadiah yang ditawarkan. Lumayan pula tu!

Sempena ulang tahun ke 12 keahlian Watsons, ada macam-macam hadiah istimewa serta promosi khas yang Watsons nak bagi khas untuk ahli mereka sebagai tanda penghargaan di atas sokongan yang berikan. Aww~

Kalau korang nak tahu antara hadiah dan promosi yang korang boleh nikmati, jom kami kongsikan!

1. Menang Satu Unit Rumah Berlatarkan Pemandangan  Alam Semula Jadi

Sempena ulang tahun ke-12 keahlian Watsons, Watsons Malaysia menawarkan satu unit rumah mewah di Skylake yang mempunyai pemandangan tasik dan alam semula jadi tau. Pergh, confirm best pagi-pagi view dah lawa!

Kalau korang nak menang, caranya mudah saja tau, ikut langkah berikut:

1. Kempen ini terbuka untuk ahli Watsons sahaja. 

2. membuat pembelian minimum RM100.00 dalam tempoh kempen di cawangan Watsons untuk satu (1) penyertaan atau secara dalam talian.

3. Beli barangan jenama yang terpilih untuk mendapat dua(2) penyertaan. 

Klik DI SINI untuk hantar penyertaan.

Haa, senang je kan nak menang rumah ni? Untuk maklumat lanjut, korang klik je DI SINI.

2. Extra Faedah Buat Ahli Watsons & Ahli Watsons Elite!

Bukan setakat rumah je, siapa yang jadi ahli Watsons, korang boleh terima banyak faedah berbaloi daripada Watsons. Yeay!

Kalau korang nak tau antara faedah yang korang akan terima adalah:

1. Keahlian seumur hidup

2. Lima(5) kali mata ganjaran untuk bulan kelahiran

3. Ganjaran rakan kongsi eksklusif di lebih 2,000 lokasi

4. Diskaun tambahan 10% barangan farmasi dan 5% diskaun suplemen untuk ahli yang berumur 45 tahun

5. Pada setiap hari Isnin, tambahan 10% diskaun dalam talian dengan setiap perbelanjaan minimum RM100 dan tambahan 10% diskaun pada setiap hari Rabu menerusi aplikasi Watsons

Kalau korang rasa tak cukup dengan semua faedah ni, korang wajib naiktaraf ke Watsons Elite dengan perbelanjaan RM1000 setahun,  sebab ada macam-macam faedah yang korang nikmati seperti:

1. Dapat jemputan eksklusif ke event elite 

2. Terima 2,000 mata ganjaran pada setiap hari Selasa untuk setiap perbelanjaan RM200

3. Promosi dan tawaran eksklusif

Sebenarnya ada banyak lagi faedah untuk ahli elite Watsons, kalau nak tahu, klik DI SINI

3. Promosi & Tawaran Hebat Untuk Bulan Ini

Siapa je yang tak nak terlepas daripada promosi dan tawaran betul tak? Haa, Watsons ada menawarkan macam-macam promosi menarik yang confirm akan buat korang berebut!

Promosi 30% Member Extra

Untungnya kalau korang jadi ahli Watsons ni adalah korang dapat nikmati macam-macam jenis promosi dan tawaran hebat tau!

Untuk promosi bulan ni, Watsons ada tawarkan diskaun sehingga 30% khas untuk korang yang menjadi ahli Watsons kalau korang beli barangan yang mempunyai harga promosi. Bestnya!

Kalau korang nak tau apakah antara barangan yang korang boleh dapat pada harga berpatutan, klik je DI SINI

4. Promosi Hair Affairs di Roadshow Watsons

Untuk pengetahuan, bulan ni Watsons ada buat Hair Fair tau yang mana korang boleh enjoy mengikuti tips penjagaan rambut daripada pakar rambut iaitu Datin Winnie Loo, Cody Chua dan Glen Hew! Bestnya! 

Lagi best, siapa yang berbelanja paling banyak di seluruh negeri akan menang Dyson Airwrap serta rebat segera RM10 diskaun dengan setiap pembelian RM120 dan ke atas untuk produk penjagaan rambut. Ini yang kita mahukan! 

Tak cukup dengan promosi dan tawaran, Watsons nak buat Roadshow pula tau, bermula 23 hingga 28 Ogos di sekitar One Utama! Korang yang tinggal dekat lembah Klang tu dah boleh get ready sekitar Bandar Utama!

Banyak lagi promosi yang korang boleh nikmati menerusi kempen sambutan ulang tahun ke-12 ahli Watsons ni tau. Muat turun aplikasi Watsons di Google Play Store, HUAWEI AppGallery dan Apple App Store

Maklumat lanjut, layari laman web rasmi Watsons atau ikuti media sosial di Facebook dan Instagram

Comments

Lagi dalam kategori Branded

Ke Atas