Connect with us

Oh! Media

SAFI Cipta Produk Bantu Rawat Kulit Kering

Branded

SAFI Cipta Produk Bantu Rawat Kulit Kering

Korang yang selalu make-up mesti stress’kan setiap kali nak sapu foundation jadi tak sekata dan bercapuk? Lagi-lagi bila korang habis cuci muka lepastu kulit rasa tegang je. Kalau korang pernah ada masalah-masalah macam ni, itu maksudnya korang ada masalah kulit kering.

Korang jangan risau sebab lepas ni korang boleh cuba produk terbaru daripada SAFI ni, diciptakan khas untuk mengekalkan kelembapan kulit supaya kulit korang tak kering lagi.

This image has an empty alt attribute; its file name is image-25.png

SAFI kini kembali lagi dengan rangkaian produk baru, khas untuk mengekalkan kelembapan kulit. Produk yang diberi nama Hydra Glow ini merupakan produk rangkaian yang dikatakan mengandungi pelembap intensif yang telah diselaraskan dengan ramuan yang mempunyai kelembapan tertinggi.

Hydra Glow telah dikaji secara mendalam oleh Institut Penyelidikan SAFI setelah mereka mengenal pasti kesan-kesan buruk jika kulit tidak mendapat kelembapan yang secukupnya.

This image has an empty alt attribute; its file name is image-28.png

Kadang-kadang tu takut nak cuba produk baru sebab kandungan yang merbahaya boleh merosakkan serta memberi keradangan pada kulit tapi, dengan Hydra Glow korang tak perlu risau sebab kandungan yang terdapat dalam kesemua produk rangkaian Hydra Glow telah diuji secara dermatologi serta bebas alkohol, paraben dan minyak mineral!

Seiring dengan slogan SAFI iaitu Science. Beauty. Natural. Hydra Glow dibuat dengan menggunakan bahan semula jadi oleh Teknologi Hydra Active3. Apa itu Teknologi Hydra Active3? Teknologi Hydra Active3 adalah ramuan yang dipercayai mempunyai kelembapan yang paling maksima.

Antara ramuan Hydra Active3 adalah Ekstrak Fermentasi Beras, Fermentasi Beras merupakan pelembap semula jadi yang dapat melembutkan kulit dan menaikan seri wajah korang. Hydra Glow juga mengandungi Vitamin B, yang berkuasa untuk mengekalkan kelembapan, dapat kurangkan masalah kulit kering serta dapat kembalikan kehalusan kulit wajah.

Ramuan terakhir yang menggunakan Teknologi Hydra Active3 ni adalah Asid Hialuronik, siapa yang tak kenal dengan ramuan Asid Hialuronik atau nama lainnya Hyaluronic Acid, memang terkenal dalam kalangan Skincare Gurus Malaysia sebab mampu memberi kelembapan kulit dengan efektif dan juga dapat memperbaiki keanjalan kulit agar kulit sentiasa lembat dan anjal.

This image has an empty alt attribute; its file name is image-29.png

Hydra Glow terdapat dalam lima rangkaian produk penjagaan muka, yang menawarkan penjagaan kulit lengkap daripada Pembersih Muka SAFI Hydra Glow, Penyegar SAFI Hydra Glow, Serum Penghidratan SAFI Hydra Glow, Pelembap Penghidratan SAFI Hydra Glow dan Mist Penghidratan SAFI Hydra Glow.

Untuk dapatkan Rangkaian SAFI Hydra Glow, korang boleh dapatkan di Guardian dan Mydin Malaysia. Untuk maklumat lebih lanjut dan promosi terkini daripada SAFI, layari laman web rasmi SAFI di www.safi.com.my.

Fuhhh! daripada pencuci muka sampai ke face mist ada tau. Dengan harga mampu milik kini korang dapat selesaikan masalah kulit kering. Cuaca dekat Malaysia ni memang panas dan boleh buat kulit kita kering. Tapi kena ingat, bukan kulit muka je kena hidrat, badan pun kena sentiasa hidrat juga. Jadi korang kena pastikan korang minum air yang secukupnya untuk kekal hidrat okay! #SafiHydraGlow

Kredit: SAFI

Teruskan membaco..
Anda mungkin juga menyukai...

Penulis sepenuh masa di Oh! Media yang juga sepenuh masa ingin menyampaikan manfaat kepada rakyat Malaysia.

Comments

Lagi dalam kategori Branded

To Top