Connect with us

Oh! Media

Rugi Kalau Tak Pergi! Nikmati Pelbagai Promosi Hebat Produk Makanan, Siap Boleh Menang Kereta & Pakej Umrah!

FGV

Branded

Rugi Kalau Tak Pergi! Nikmati Pelbagai Promosi Hebat Produk Makanan, Siap Boleh Menang Kereta & Pakej Umrah!

Kami yakin dan percaya dekat rumah korang sekarang ni, mesti ada produk makanan seperti minyak masak jenama SAJI atau gula jenama GULA PRAI betul tak? Korang tahu tak kedua-dua jenama ini adalah hasil keluaran produk makanan daripada FGV?

Untuk pengetahuan, FGV Holdings Berhad (FGV) terkenal sebagai pengeluar produk makanan utama di Malaysia dan tahun ini, mereka akan mengadakan Festival FGV sempena Hari Peneroka FELDA di MAEPS Serdang. 

Bertemakan ‘Melahirkan Masa Depan Lestari, festival ini akan bermula dari 10 pagi hingga 10 malam pada 12 hingga 14 Julai 2024 dan menariknya Festival FGV ini adalah festival pertama yang diadakan bersempena Hari Peneroka FELDA yang disambut pada 7 Julai bagi menghargai peneroka FELDA. 

FGV sentiasa menyokong segala usaha peneroka FELDA dan pekebun-pekebun kecil yang membantu dalam menyumbang bakti membangunkan industri sawit serta memperjuangkan pertumbuhan ekonomi. 

Rugi sangat kalau korang tak pergi sebab ada macam-macam aktiviti dan promosi menarik menanti! Jom kami kongsikan!

Jom Borong Produk Makanan Dengan Harga Yang Lebih Berpatutan Di Kedai FGV!

FGV

Kenapa kami kata rugi kalau korang tak datang ke Festival FGV ni adalah sebab mereka menawarkan pelbagai produk makanan yang tidak asing lagi di setiap isi rumah pada harga PROMOSI yang sangat berbaloi tau!

Antara produk yang korang boleh rebut di Kedai FGV adalah produk barangan daripada SAJI seperti minyak masak, susu krimer, beras dan banyak lagi. 

Psst, bukan satu jenama saja, ada banyak lagi jenama lain seperti ADELA, SERI PELANGI, GULA PRAI dan BRIGHT COW. Fuhh, memang semua jenama ni wajib ada di setiap isi rumah!

Tak cukup dengan itu, FGV juga hadir dengan produk-produk keluaran LADANG’57 yang mana mereka menawarkan buah-buahan segar seperti nanas MD2 yang sangat manis dan ranum, pisang cavendish, jagung manis serta jus buah-buahan. Bestnya!

Memahami keadaan ekonomi sekarang ni, daripada korang melaburkan duit dengan lebih banyak, ada baiknya korang melabur di tempat yang betul iaitu di Kedai FGV. Dapat jimat banyak pula tu!

Serlahkan Skill Memasak Menerusi Pertandingan FGV Perajurit Dapur

Selain dapat borong pelbagai produk makanan, bukan festival lah kalau tak ada aktiviti-aktiviti yang menarik betul tak? Sebab itulah rugi kalau korang tak datang!

Antara aktiviti yang korang boleh sertai adalah demo masakan serta berpeluang untuk dapat sampel barangan daripada FGV. 

Bukan itu saja, aktiviti yang paling dinantikan dan kami jamin mak-mak CONFIRM suka adalah pertandingan memasak FGV Perajurit Dapur! Haa, masa ni lah mak-mak dan kakak-kakak boleh tunjuk skill pum pang pum pang memasak yang selama ini dapur menjadi saksi! 

Pertandingan memasak FGV Perajurit Dapur ini dibahagikan kepada 3 kategori iaitu Perajurit Dapur Junior, Perajurit Dapur Wilayah FELDA dan Perajurit Dapur Terbuka. Jadi, pertandingan memasak ini terbuka untuk semua tau!

Sokong Pekebun Kecil Tempatan, Jom Beli Barangan Pertanian

Haa, siapa dekat sini yang suka bercucuk tanam, inilah peluang keemasan korang!

Terdapat pelbagai keperluan bercucuk tanam seperti anak-anak pokok, baja, racun tanam serta macam-macam lagi keperluan lain yang korang boleh dapatkan di Festival FGV ni.

Kalau tanya kami, memang kami sarankan untuk korang dapatkan segala keperluan bercucuk tanam di Festival FGV ni sebab inilah masanya untuk tunjukkan tanda sokongan dan penghargaan kepada pekebun-pekebun kecil kita!

Berpeluang Menang Kereta, Motor & Macam-Macam Lagi, Cepat Serbu Festival FGV!

Bagi kami, kalau korang tak datang ke Festival FGV ni, korang akan dalam kerugian yang sangat besar sebab bila lagi korang ada peluang untuk menang hadiah lumayan betul tak? 

FGV

Antara hadiah lumayan yang korang berpeluang untuk menang adalah seperti sebuah kereta elektrik, motosikal elektrik, baucar tunai, barangan kelengkapan dapur dan macam-macam lagi!

Nak tahu macam mana nak menang, senang kacang je, korang hanya perlu beli barangan FGV serendah RM100 di booth FGV. Senangkan?

FGV

Manakala, kalau korang tak berpeluang menang hadiah utama, korang juga boleh menang hadiah sampingan hanya dengan buat pembelian minimum RM50 pada hari yang sama.  

Sebab itulah rugi kalau tak datang keranahadiah yang ditawarkan pun sangat berbaloi!

Tapi, ada satu lagi hadiah yang jauh lebih berbaloi dan kami yakin pastinya ramai yang inginkan peluang ini.

Wow, Pakej Umrah Rahmah dari RM 6,490 Saja! Bayar Deposit RM100 di Festival FGV Sekarang!

Haa, pakej yang kami maksudkan sebelum ini dan kami yakin pasti ramai teringin nak rebut peluang adalah Pakej Umrah Rahmah! Seriuslah?!

Menariknya, Pakej Umrah Rahmah yang mereka tawarkan ini bermula serendah RM6,490 seorang selama 10 hari 8 malam dan dianggarkan berangkat di antara bulan Ogos hingga Disember 2024. 

Kenapa kami kata korang wajib rebut peluang keemasan ini adalah kerana ia ditawarkan istimewa hanya di Festival FGV yang mana korang hanya perlu bayar deposit bernilai RM100 dan pembayaran penuh perlu dilakukan 45 hari sebelum keberangkatan. 

Jadi, siapa yang berhasrat untuk menunaikan Umrah, jangan lupa datang ke Festival FGV okay!

Menyediakan Lebih Banyak Produk Berkualiti, Tiba Masa Tukar Arah Sokong Produk Tempatan FGV!

Haa, banyak kan aktiviti menarik yang ada di Festival FGV ni? Untuk pengetahuan, semasa Festival FGV nanti, mereka akan melancarkan satu inisiatif baru iaitu Rangka Kerja Kelestarian FGV. 

Di FGV, kelestarian bukan sekadar istilah korporat yang mana ia menjadi keutamaan perniagaan mereka, dan mereka komited untuk menghormati hak asasi manusia, melindungi alam sekitar serta menggalakkan pertumbuhan ekonomi, khususnya dalam komuniti berhampiran kawasan operasi mereka. 

Menariknya, terdapat pelbagai inisiatif dilakukan selaras dengan usaha dalam mendefinisikan semula FGV. dengan matlamat menjadikan FGV sebagai syarikat yang menerajui produk makanan dan pertanian lestari untuk generasi akan datang. 

Selain itu, FGV juga mematuhi piawaian dan standard bertaraf dunia dalam memastikan kualiti kelestarian penghasilan minyak masak dan produk lain, buktinya FGV telah menjadi antara syarikat pertama yang menggunakan logo MSPO di produk minyak masak mereka. 

Jadi, segala barangan yang dihasilkan adalah mengikut piawaian dan standard, dijamin berkualiti dan bermutu tinggi.

Maklumat lanjut tentang Festival FGV, layari laman web rasmi FGV atau ikuti media sosial di Facebook dan Instagram

Teruskan membaca..
Berita lain yang popular...

Lagi dalam kategori Branded

Ke Atas