Connect with us

Oh! Media

Phone Flagship Fotografi Malam Terbaik, OPPO Find X5 Pro 5G Dilancar Di Malaysia 18 Mei

Branded

Phone Flagship Fotografi Malam Terbaik, OPPO Find X5 Pro 5G Dilancar Di Malaysia 18 Mei

Bagi korang yang selalu ambil gambar menggunakan smartphone semestinya tahu kepayahan untuk mendapatkan shot terbaik di waktu malam yang kekurangan cahaya. Bila dah ambil gambar, hasilnya warna tidak memuaskan, noise yang tinggi dan pendedahan cahaya yang bermasalah. Macam mana nak atasi masalah ni? Mestilah korang kena ada smartphone yang boleh berfungsi terbaik tanpa mengira keadaan cahaya kan?

Untuk itu, OPPO memperkenalkan MariSilicon X NPU dibantu hardware terkini pada OPPO Find X5 Pro 5G. Kuasa perkomputeran tercanggih menjadikan OPPO Find X5 Pro 5G berupaya memproses imej RAW pada masa sebenar.

MariSilicon X adalah jantung kepada OPPO Find X5 Pro 5G. Dengan memanfaatkan proses 6-nanometer dan kuasa perkomputeran AI super efisien, model ini menjamin penghasilan foto dan video berkualiti tinggi walaupun pada waktu malam. 

Jom tengok sendiri macam mana kualiti foto dari OPPO Find X5 Pro 5G pada waktu malam. Tonanya cukup terang dengan perincian dan warna yang kekal terpelihara. Selain itu, kalau boleh dilihat pada gambar contoh di bawah, model smartphone tanpa MariSilicon X ternyata kurang jelas.

3 ciri lain dan fokus utama OPPO Find X5 Pro 5G yang korang perlu ambil tahu adalah seperti berikut:

Video 4K Ultra Malam

OPPO MariSilicon X NPU membawakan algoritma AI Noise Reduction untuk menghasilkan video lebih jelas dan terperinci. Setelah bertahun-tahun berdepan dengan masalah noise pada gambar,Ini menjadikannya smartphone Android pertama dengan video 4K Ultra Malam.

Dengan ciri MariSilicon, OPPO Find X5 bukan sahaja menyingkirkan noise dari video dan foto malahan membuatkan warna lebih nyata dan tepat. Semuanya hasil dari penyelidikan dan pembangunan dari OPPO sendiri.

Video dan foto Ultra HDR

Bukan tu je, pengguna OPPO Find X5 Pro juga memberikan pengalaman fotografi dan videografi yang merakam segalanya seperti yang dilihat pada mata kasar manusia. Apa yang dilihat pada mata, begitulah hasilnya. Memang betul-betul real ni!

Penstabilan 5 paksi

Penstabilan 5 paksi ini lebih berkuasa dengan teknologi anti-gegaran berbanding anti-gegaran optikal (OIS). Kalau smartphone biasa masih mampu berfungsi dengan baik ketika pegun, OPPO mahu memberikan yang lebih untuk penggunanya.

Find X5 Pro memperkenalkan OIS paksi 5 tahap single lens reflex (SLR) yang menggabungkan 2 paksi penukaran lensa dan 3 paksi penukaran sensor bagi mempersiapkan pengguna merakam setiap momen yang dilalui. 

OPPO telah maju terkehadapan dalam penghasilan smartphone masa depan dengan teknologi fotografi dan videografi berkeadaan kurang cahaya ini. MariSilicon X NPU bergabung dengan hardware kamera bagi menghasilkan imej dan video pada masa sebenar.

Dilancarkan pada 18 Mei 2022

Sekarang korang boleh merasai sendiri pengalaman menggunakan MariSilicon X dengan pelancaran OPPO Find X5 Pro 5G pada 18 Mei 2022. Jom ke OPPO Brand Store terdekat atau kunjungi www.oppo.com/my untuk info lanjut OPPO Find X5 Pro 5G!

Lagi dalam kategori Branded

Ke Atas