Connect with us

Oh! Media

Perasa Kerepek Kentang Singkap Personaliti, Siapa Korang Sebenarnya?

Branded

Perasa Kerepek Kentang Singkap Personaliti, Siapa Korang Sebenarnya?

Mesti ramai pernah dengar ayat ‘Kita adalah apa yang kita makan’. Bagaimana makanan boleh menjadi faktor menentukan personaliti dan diri kita yang sebenar. Kali ini jom kenali personaliti diri berdasarkan pilihan perasa kerepek kentang yang korang makan.

Asli seperti Perasa Original

Walau apa pun yang terjadi, dalam setiap situasi korang lebih selesa menjadi diri sendiri. Tidak ada sebab untuk terikut-ikut mencuba mengubah diri sehingga hilang identiti. Sebab itulah orang sekeliling senang dengan kehadiran korang.

Mereka selesa bercerita, meluahkan masalah atau berkongsi apa sahaja topik perbualan kerana korang lebih terbuka melontarkan pendapat. Tak hairanlah korang menjadi tempat mengadu dan kawan rapat ramai.

Berani hadapi segalanya ala Hot & Spicy

Sentiasa yakin diri adalah sifat korang paling jelas terlihat dari segenap segi. Hidup ‘biasa-biasa’, dengan rutin normal setiap hari cukup membosankan. Korang lebih selesa dengan mencabar diri dengan sesuatu di luar kebiasaan.

Risiko adalah rakan baik korang yang akan selalu diambil tanpa terlalu mengambil mudah semua benda. Ringkasnya, hidup bagi korang terlalu singkat untuk hidup normal.

Summer Truffle yang dahagakan cabaran

Seperti truffle yang unik dan sukar didapati, penggemar perasa ini sentiasa inginkan cabaran dalam hidup. Kenapa tidak pilih untuk hidup penuh dengan keterujaan dan benda-benda baru berbanding hari-hari membosankan serta mudah dijangka.

Walaupun dilihat selalu berisiko dan kerja ‘gila’, tidak pernah sesekali korang akan menolak untuk cabaran yang tidak dijangka.

Seaweed yang trendy

Korang tidak pernah takut untuk mengekspresikan diri dengan pakaian dan fesyen sehari-hari. Sentiasa menjadi perhatian dan fokus dalam keramaian, korang akan menjadi rujukan dalam kalangan rakan-rakan.

Apa juga trend terkini yang menjadi bualan akan terlebih dahulu korang tahu berbanding rakan-rakan lain. Sentiasa peka dengan isu semasa.

Treatz! kini di Malaysia

Kerepek kentang Treatz! dari Singapura akhirnya boleh didapati di Malaysia. Setiap kepingan kerepek kentang Treatz! ini dibuat menggunakan 100% kentang asli premium berkualiti tinggi.

Dihiris nipis dan digoreng sempurna menjadikan Treatz! sungguh rangup dan buatkan korang tidak dapat berhenti mengunyah. Memang layan!

Treatz! diperasakan dengan 4 perasa semula jadi dan segar iaitu Original, Hot & Spicy, Summer Truffle dan Seaweed. Setiap satu perasa mempunyai keunikan dan tarikan tersendiri. Terpulang kepada citarasa dan pilihan masing-masing.

Perasa original – Siapa boleh menolak kerepek kentang klasik yang diperasakan dengan sedikit garam yang dapat memfokuskan rasa semula jadi kentang.

Perasa Hot & Spicy – Bagi penggemar makanan pedas, inilah Treatz! untuk korang. Paduan rasa cili, paprika, bawang putih dan bawang merah membuatkan mulut tidak berhenti mengunyah, pedas yang sedap!

Perasa Summer Truffle – Nak beri sedikit kelainan untuk tunas rasa? Cuba Treatz! Summer Truffle

Perasa Seaweed – Kaya dengan rasa umami rumpai laut ditambah pula dengan kerangupan, memang tak cukup satu pek.

Kerepek kentang Treatz! ini disahkan halal dan boleh didapati di outlet AEON seluruh negara pada harga RM3 (Semenanjung Malaysia) dan RM3.20 (Sabah & Sarawak). Jangan lupa cuba semua perasa, serius tak menyesal!

Teruskan membaca..
Berita lain yang popular...
Comments

Lagi dalam kategori Branded

30 Hari Paling Trending

ohmedia telegram group
Ke Atas