Connect with us
setia

Branded

Penampilan Khas Danny Koo, Ella & Dato’ Awie Meriahkan Majlis Sambutan Yang Ke-50 Setia

“Pejam celik, pejam celik, dah lama ya masa berlalu…” 

Sudah lebih 5 dekad berdiri teguh, kekal berusaha majukan impian untuk memperkayakan gaya hidup komuniti di Malaysia dengan membina pembangunan dan perbandaran yang lebih mampan. 

Dikenali dengan inovasi, kualiti dengan pembangunan mampan, Setia kini meraikan ulang tahun yang ke-50 pertubuhan mereka.  

Macam biasala, Setia takkan tak ada sambutan? Hihi… 

Celebrating Spaces Bersama Setia Dengan Pelbagai Aktiviti Menarik 

setia

Istimewa bagi meraikan detik bersejarah ini, Setia telah menganjurkan sambutan secara besar-besaran pada 21 Julai di Oval Lawn, Setia City Park, Setia Alam. 

Uish, seronok betul ya korang! Ha, kalau korang nak tahu Celebrating Spaces bersama Setia yang dihoskan oleh Baki Zainal dan Nadia Hasnan ini telah dipenuhi dengan persembahan yang mengagumkan dan pelbagai aktiviti menarik tau. 

Antara persembahan dan aktiviti yang dijalankan adalah, 

  • Persembahan secara langsung oleh penyanyi legendaris iaitu Danny Koo, Ella, & Dato’ Awie
  • Didi & Friends Meet & Greet 
  • Pameran #SetiaQubies 
  • Gerai permainan dan bengkel
  • Persembahan daripada Setia Harmony dan Psycusix Circus 
  • Gerai Jualan Hartanah dan Bazar Artisan 

#SetiaQubies Roadshow Di Lokasi Selanjutnya

setia

Kalau korang tak sempat hadir ke acara Celebrating Spaces, Setia yang diadakan di Setia Alam, JANGAN RISAU! 

#SetiaQubies Roadshow akan membawa perayaan ini ke Lembah Klang, Pulau Pinang dan Johor. Stay tuned untuk dapatkan tarikh dan lokasi yang akan diberitahu tak lama lagi! 

Bukan itu sahaja tau, Setia juga ingin menjemput semua orang untuk mengikuti peraduan “Pose With #SetiaQubies” bermula dari 26 Julai 2024 hingga 26 Ogos 2024! 

Korang nak tahu tak, macam mana nak sertai pertandingan ni? Senang je, meh sini kami kongsikan,

1. Korang perlu memuat naik dan kongsikan gambar dengan #SetiaQubies di galeri jualan dan ruang #SetiaQubies kegemaran korang. Jangan lupa untuk kongsikan macam mana korang menggunakan ruangan #SetiaQubies untuk tinggal di sana, belajar, bekerja atau bermain. (Ingat untuk bergambar sekurang-kurangnya DUA (2) #SetiaQubies untuk menyertai)

2. Siarkan foto anda di Facebook atau Instagram.

3. Tag @S P Setia di Facebook, atau @spsetiabhd di Instagram.

4. Gunakan hashtags #SetiaQubies, #CelebratingSpaces, #SpacesThatShapeUs.

Ha, senang kan? Paling penting seramai 50 orang pemenang akan dipilih dan berpeluang mendapatkan hadiah bernilai sehingga RM5,000, seperti peranti elektronik, hadiah PREMIUM Setia, dan baucar bufet Amari.

Jangan lupa untuk ikuti Setia di Facebook, Instagram, dan lawati laman web rasmi Setia untuk makluman terkini.

Teruskan membaca..
Berita lain yang popular...

Saya bukan ratu berita tapi RATU PENULIS KANDUNGAN BERBAYAR HIHIHI

Lagi dalam kategori Branded

Trending Bulan Ini

Ohmedia Banner
Ke Atas