Connect with us

Oh! Media

NIVEA Creme Beri Manfaat Seperti Krim Mewah Harga RM1K? Macam Kena Cuba Je Ni!

Branded

NIVEA Creme Beri Manfaat Seperti Krim Mewah Harga RM1K? Macam Kena Cuba Je Ni!

Pernah dengar tentang krim mewah yang digunakan oleh selebriti yang mencecah lebih RM1k? Oh! Media baca harga krim tu mampu telan air liur je.

Tapi korang tak perlu fikir tentang krim mahal tu, sebab kami sebenarnya berjaya jumpa satu krim serbaguna yang dapat memberikan manfaat yang sama (ada yang cakap lebih baik) pada harga yang lebih mampu milik. Ni bukan kata-kata kosong, sebab ramai yang dah bagi review krim ni memang terbukti berkesan!

Manfaat 100 tahun dalam tin biru NIVEA Creme

Sebenarnya kalau korang nak tau, NIVEA Creme ni merupakan krim serbaguna yang telah ada di pasaran sejak tahun 1911, kira-kira 100 tahun lepas. Wow!

Tin biru ini telah dicuba oleh ramai pengguna termasuk para selebriti dan mereka mengatakan hasilkan setanding dengan krim muka yang mahal. Ia bukan hanya berfungsi sebagai pelembap wajah, malah boleh digunakan dari hujung rambut sehinggalah ke hujung kaki. Dengan formulasi Eucerit dan vitamin B5 ia membantu merawat kulit kering secara lebih mendalam. Nak tau manfaatnya?

Jom kami nak kongsikan 4 hacks menggunakan NIVEA Creme:

1. Pengganti masker muka & leher

Untuk mendapatkan kulit yang halus, masker muka perlu diamalkan setiap minggu bagi melembutkan dan membuang sisa kulit mati. 

NIVEA Creme juga mempunyai fungsi sebagai masker tau. Caranya mudah je, buat sapuan tebal pada wajah dan leher. Kemudian biarkan selama 10 minit. Lap lebihan krim menggunakan kapas. Hasilnya, kulit korang lebih lembut dan licin.

2. Rawat masalah tumit pecah dan siku yang kasar

Tumit dan siku merupakan kawasan kulit yang agak tebal, jadi kadang-kala kalau korang sentuh kedua bahagian ini akan rasa kasar je. Disebabkan tumit selalu digunakan untuk berjalan, ia mudah merekah dan pecah jika tidak mendapat perlindungan diperlukan.

Tapi tak perlu risau, korang hanya perlu sapukan NIVEA Creme setiap hari dan korang pasti terkejut melihat hasilnya. Tumit korang jadi lebih licin dan siku pun lembut je.

3. Menghaluskan kutikel kuku

Bukan senang nak pastikan kuku nampak sihat, ada yang sanggup menghabiskan duit untuk tata rias kuku sahaja. 

Ni kami nak kongsikan satu trick nak mencantikkan kutikel kuku. Apa yang korang boleh buat ialah urut kutikel kuku menggunakan NIVEA Creme setiap hari, ia membantu merawat dan menjadikannya sihat, kelihatan cantik dan berseri macam buat meni pedi!

4. Rawat rambut bercabang

Rambut bercabang sering terjadi kerana rambut tidak mendapat nutrien dan terlampau kering. Jangan potong rambut yang rosak tu dulu sebab NIVEA Creme boleh membantu merawat masalah ini. 

Hanya sapukan hujung rambut dengan NIVEA, ia akan membantu mengembalikan nutrien dan merawat rambut bercabang. 

Satu penyelesaian dalam hanya satu tin biru

Jadi korang pilih yang mana? Krim RM1K atau NIVEA Creme yang harganya bawah RM20 tapi mempunyai lebih daripada satu manfaat?

Pilihan di tangan korang, kalau kami memang confirm guna NIVEA je. Bukan saja jimat, malah seisi keluarga pun boleh guna.

Untuk maklumat lanjut mengenai NIVEA Creme dan rangkaian lain yang dijual, korang boleh ke kedai atas talian Nivea Malaysia di Shopee dan Lazada.

Lagi dalam kategori Branded

Ke Atas