Connect with us

Branded

Menangi Pakej Percutian Ke Jepun & Freebies Menarik Hanya Di Watsons Beauty Of Japan Fair!

Sukanya tengok kulit orang Jepun, bukan setakat flawless, nampak awet muda pula tu.

Kalau korang suka penjagaan wajah gaya ‘orang Jepun’, korang mesti tau yang kandungan produk penjagaan diri mereka kebanyakannya merupakan sumber semula jadi tau. No wonder jenama Jepun mula mendapat tempat dalam kalangan warga tempatan.

Ni kami nak share, pada yang suka dengan penjagaan diri gaya Jepun dan peminat cosplayer, Watsons akan membawakan Beauty Of Japan Fair dan juga cosplayer paling popular Malaysia, Hakken. Syok tu!

Shopping & Dapatkan Diskaun RM10* di Watsons Beauty Of Japan Fair

Pelbagai tawaran menanti korang di Watsons Beauty Of Japan Fair, dengan setiap perbelanjaan bernilai RM120 ke atas (untuk jenama yang mengambil bahagian), korang akan dapat diskaun segera bernilai RM10.

Pastikan korang list produk yang nak beli, barulah boleh jimat banyak. 

Rebut Peluang Menang Pengembaraan Epik Ke Jepun & Photocard Hakken. Wow!!!

Tau tak apa yang paling best sempena Watsons Beauty Of Japan Fair ni? Korang berpeluang untuk menang pengembaraan ke Jepun.

Syaratnya korang hanya perlu berbelanja produk jenama Jepun (di kedai fizikal atau online Watsons) yang mengambil bahagian, dengan perbelanjaan minimum bernilai RM120.

Eah Ada Blind Box Juga? RM9.90 Je?!

Korang ingat figura je ada blind box? Haaa.. Dekat Watsons Beauty Of Japan Fair pun ada juga. Pengunjung boleh beli blind box bernilai RM9.90 daripada jenama yang mengambil bahagian dan berpeluang untuk dapat produk kecantikan yang bernilai sehingga RM55.90.

Korang kena cepat, kalau habis, melepaslah. Tertakluk terma dan syarat.

Kalau tak menang percutian ke Jepun, jangan kecewa sebab korang juga boleh menang kad foto Hakken. Peraduan ni bermula 2 Julai sehingga 5 Ogos 2024.

Siapa yang pernah pergi Watsons K-Beauty Festa, mesti tau betapa meriahnya bila Watsons anjurkan acara sebegini.

Jadi jangan lepaskan peluang sertai Watsons Beauty Of Japan Fair yang akan diadakan di Sunway Pyramid pada 29 Julai sehingga 4 Ogos 2024

Promosi Eksklusif Beauty Of Japan Fair @ Sunway Pyramid Concourse

Okay ladies, make sure korang set date untuk ke Watsons Beauty of Japan Sunway Pyramid tau, sebabnya ada aktiviti promosi eksklusif di Sunway Concourse menanti korang!

Dengan sebarang pembelian korang boleh dapat sachet &Honey Haircare secara percuma. Ada juga tote bag menanti penggunan yang berbelanja RM50 menggunakan kad Visa (dalam satu resit).

Tapi bukan itu saja, korang juga boleh menikmati diskaun RM10 dengan setiap pembelian barangan terpilih bernilai RM120 dan kalau korang spend RM200 (dalam satu resit), korang akan dapat beg Cloud Unicorn secara PERCUMA. Syok tu!

Pastikan juga korang join aktiviti yang diadakan di setiap booth dan kumpulkan setem untuk dapatkan Japanese Knitted Bag yang tengah viral sekarang ni secara percuma. Sementara stok masih ada, serta tertakluk terma dan syarat.

Jom Sertai Meet & Greet Hakken. Sugoi!!!!!

Untuk pecinta cosplayer, nantikan sesi ‘meet and greet’ bersama cosplayer terkenal Hakken di Sunway Pyramid. Ikuti sosial media Watsons untuk info lanjut.

Pada yang tinggal di luar Lembah Klang jangan sedih-sedih.

Korang boleh join promosi ni secara dalam talian bermula 29 Julai hingga 4 Ogos yang menawarkan diskaun sehingga 50% untuk produk kecantikan Jepun yang terpilih.

Jenama Terkenal Jepun Menanti Hanya di Watsons Beauty Of Japan Fair

Inilah masanya untuk korang explore produk Jepun pada harga ‘runtuh’. Antara jenama terkenal yang ada nanti seperti:

Anessa 

Brand ni selalu sold out bila ada promosi tau. Ramai yang recommend jenama Anessa sebagai produk pelindung matahari yang mesti ada. Teksturnya yang ringan dengan kandungan auto booster memberikan lebih perlindungan dari sinar UV.

KATE

Jenama yang menawarkan produk kosmetik. KATE sangat terkenal dengan produk kecantikan mata seperti eyeliner, pembayang mata serta gincu dengan warna yang sangat cantik. Love sangat!

SENKA 

Satu lagi jenama penjagaan wajah yang mula mendapat tempat dalam kalangan masyarakat tempatan ialah SENKA. 

SENKA ni ada pelbagai produk seperti pencuci muka, penanggal solekan, penjagaan kulit, sabun badan dan pelindung matahari yang membantu menjaga kulit wajah dan badan.

Liese

Mendapat inspirasi dari salun Jepun, Liese ialah jenama pewarna rambut yang sangat  terkenal. Jenama ni menawarkan pelbagai warna yang menarik dan paling penting tidak merosakan rambut.

Fine Japan

Bukan hanya penjagaan luaran, penjagaan dalaman juga penting tau. Untuk para gadis, pastikan korang mengamalkan kolagen Fine Japan untuk menambahkan nutrien kulit. Cara nak minum pun senang tau, hanya perlu campur dalam air je.

Yolu

Rambut kering dan tak bermaya? Bangun pagi kulit kepala berminyak? Bencinya!!!

Cubalah Yolu, dengan formula penjagaan intensif, ia membantu kulit menjadi lebih kuat dan nampak lebih sihat!

Selain jenama ni ada banyak lagi jenama lain yang ditawarkan di Watsons Beauty Of Japan Fair seperti ALLIE, ANESS, HONEYQUE, TSUBAKI, Unlabel LAB, Maro dan sebagainya.

Tunggu apa lagi, jangan lepaskan peluang ini untuk menikmati pelbagai aktiviti menarik yang disediakan di Watsons Beauty Of Japan Fair. Untuk maklumat lanjut, layari laman web rasmi Watsons, atau ikuti Facebook dan Instagram.

Teruskan membaca..
Berita lain yang popular...

Penulis editorial sepenuh masa di Oh! Media. Menyampaikan artikel pemasaran dalam bentuk santai dan infomatif.

Lagi dalam kategori Branded

Trending Bulan Ini

Ohmedia Banner
Ke Atas