Connect with us

Oh! Media

Malaysia Kaya Dengan Artisan, Pereka Kreatif & Berbakat? Jom Sokong Karya Tempatan!

Anak Anak Malaysia

Branded

Malaysia Kaya Dengan Artisan, Pereka Kreatif & Berbakat? Jom Sokong Karya Tempatan!

Macam yang kita tahu, Malaysia ni kaya dengan seni dan kebudayaan daripada berbilang kaum serta etnik yang dihasilkan sejak turun temurun lagi.

Sebut je pasal seni budaya, confirm kita akan cuba sehabis baik untuk menjaga dan menyimpannya supaya tak lapuk ditelan zaman. Ya lah, setiap seni dan budaya mesti ada maksud tersendiri betul tak?

Sebab tu lah ada ramai artisan dan pereka kreatif dan berbakat yang masih mengekalkan lagi seni budaya kita! Jom ke Malaysia Grand Bazaar untuk tengok macam-macam hasil seni daripada artisan dan pereka tempatan sendiri!

Malaysia Grand Bazaar Buka Peluang Memartabatkan Seni Budaya Tempatan

Kalau anda nak tahu, Malaysia Grand Bazaar yang terletak di Bukit Bintang City Centre merupakan sebuah pusat beli-belah artisanal pertama di Kuala Lumpur yang menempatkan makanan tempatan, buah tangan serta persembahan kebudayaan dari serata Malaysia.

Untuk pengetahuan, #AnakAnakMalaysia daripada EcoWorld tahun ni telah menlancarkan tema baru #GENERASiSENSASi tertumpu kepada penghargaan untuk artisan dan pereka tempatan yang mana ia menggalakan rakyat Malaysia untuk lebih menghargai kraf tangan serta seni budaya Malaysia.

Haa, kalau nak tahu apa yang menarik di Malaysia Grand Bazaar, jom kami kongsikan salah 5 perniagaan tempatan yang korang wajib kunjungi.

1. JYW Fine Jewellery

Untuk korang yang suka pakai aksesori seperti gelang tangan, subang atau rantai, korang wajib singgah sini sebab ada banyak sangat design yang lawa-lawa!

Kalau korang nak tahu, setiap aksesori yang dijual dihasilkan dengan penuh teliti supaya ia tampak unik dan menjadi perhatian ramai. Memang cantik!

2. Trusted Sharks

Selain daripada dapat mengekalkan keaslian seni tempatan, rekaan aksesori ini juga tampil elegan dan sesuai dipakai untuk apa-apa jenis majlis. Haa, kalau korang saja nak pakai pergi berjalan pun cun!

Kalau korang suka dengan rekaan baju yang minimalis tapi masih lagi menerapkan seni budaya tempatan, korang kena cek Trusted Shark ni!

Untuk pengetahuan, rekaan dan corak-corak yang dihasilkan oleh Trusted Shark ini kebanyakannya diinspirasi daripada seni budaya BUMI dan antara rekaan mereka adalah MOMOGUN, Labuk, SISINGAL, ALAWA dan banyak lagi.

Dekat sini juga bukan setakat baju je, tapi ada rekaan kasut, jaket, kemeja tee, polo dan banyak lagi tau! Paling penting semuanya cantik dan sesuai untuk dipakai ke mana saja tak kira bersukan atau casual. Barulah terasa bangga bawa imej seni budaya Malaysia!

3. Trish Cotton

Siapa yang tengah mencari baju kurung yang selesa, sejuk dan sesuai untuk pelbagai jenis majlis, korang memang kena datang ke Trish Cotton di Malaysia Grand Bazaar!

Trish Cotton hadir dengan pelbagai jenis rekaan dan corak yang akan membuatkan si pemakai kelihatan lebih ayu dan sangat gadis melayu terakhir tau!

Haa, tengoklah rekaan baju kurung ni, memang cantik, sesuai kalau korang nak bagi hadiah dekat kekasih, pasangan mahupun crush! Lelaki, sila take note!

4. Dorsata Honey

Asyik cerita pasal baju je, meh kami share pula tentang makanan. Haa, siapa yang suka amalkan makan madu cuba angkat tangan!

Kalau korang datang ke Malaysia Grand Bazaar, korang memang wajib singgah ke Dorsata Honey sebab kedai ni menjual madu yang rare hasil daripada Apis Dorsata.

Untuk pengetahuan, Apis Dorsata merupakan sejenis lebah primitif liar di hutan hujan asli Malaysia (keempat tertua di dunia) tau. Madu yang dihasilkan ni memang manis dan sedap!

Proses madu diambil dan dikendalikan dengan penuh teliti oleh pekerja-pekerja Dorsata Honey untuk memastikan kualiti madu kekal terjaga!

Fuh, korang tau tak apa yang lagi manis bila makan madu? Makan dengan kekasih hati lah~ Jangan lupa ajak kekasih korang datang sini sekali tau!

5. Lagenda Orchid Perfume

Kalau korang mencari wangian bunga untuk rasa kesegaran, Lagenda Orchid Perfume memang sesuai untuk korang!

Untuk pengetahuan, wangian istimewa ini dilancarkan pada tahun 2013 oleh pewangi tempatan. Ia terhasil daripada inspirasi bunga orkid asli untuk menunjukkan keunikan dan aroma orkid tempatan tau. Memang wangi!

Selain wangian, mereka juga ada jual produk lain seperti pewangi rumah, pelembap bibir dan pelembap kulit yang juga dihasilkan menggunakan ekstrak aroma orkid tempatan.

Jadi, korang jangan lupa singgah ke Lagenda Orchid Perfume di Malaysia Grand Bazaar untuk dapatkan wangian ni. Mana lah tau dapat memukau kekasih dan orang sekeliling.

Malaysia Grand Bazaar Platform Terbaik Sokong Seni Budaya Malaysia

Dekat Malaysia Grand Bazaar ni ada banyak lagi tau artisan dan pereka tempatan menjual produk dan barangan hasil daripada inspirasi seni budaya tempatan!

Bukan tu je, korang juga boleh tangkap banyak gambar OOTD di sini sebab ada banyak tempat-tempat menarik serta mural-mural cantik yang juga hasil daripada artisan tempatan.

Jadi, tunggu apa lagi, ajak kawan-kawan dan keluarga datang ke Malaysia Grand Bazaar untuk lihat sendiri hasil seni pereka dan artisan tempatan!

Maklumat lanjut, layari laman web rasmi Malaysia Grand Bazaar atau ikuti media sosial di Facebook dan Instagram.

Comments

Lagi dalam kategori Branded

Ke Atas