Connect with us

Oh! Media

Lebih 3,000 Tawaran, Lawat & Tempah Rumah Sewa Online Di Instahome Untuk Dapatkan Pulangan RM500!

Branded

Lebih 3,000 Tawaran, Lawat & Tempah Rumah Sewa Online Di Instahome Untuk Dapatkan Pulangan RM500!

Mencari rumah sewa sangat sukar lebih-lebih lagi apabila arahan ‘lockdown’ dikeluarkan oleh kerajaan. Kalau korang nak tahu, apabila pergerakan dihadkan terdapat penyewa rumah diambil kesempatan oleh pihak tidak bertanggungjawab dengan tawaran yang ‘indah khabar dari rupa’.

Ini terjadi apabila penyewa tak dapat melawat rumah yang bakal disewa dan hanya diberikan gambaran melalui gambar lama atau yang diambil daripada internet. Siapa yang tak kecewa bila pindah, rumah tak seperti yang diiklankan. Rasa tak berbaloi pula!

Tapi korang tak perlu risau, kali ni Oh! Media nak share bagaimana korang boleh menyewa rumah yang diinginkan tanpa perlu keluar ke mana-mana dan yang paling penting puas hati.

Instahome: Solusi Sewa Rumah Gaya Baharu

Kalau korang nak tahu, Instahome ialah sebuah platform di mana korang boleh mencari rumah sewa idaman secara atas talian.

Berbanding platform sewaan lain yang masih menggunakan kaedah lama di mana bakal penyewa perlu melakukan lawatan fizikal.

Instahome bergerak lebih pantas dengan menawarkan perkhidmatan ni secara fizikal dan digital. Di mana orang boleh buat virtual tour je untuk melihat rumah yang ingin disewa. 

Selain itu juga, Instahome membina kredibiliti mereka dengan hanya menawarkan rumah yang telah diperiksa dan memenuhi piawaian yang mereka tetapkan.

Ini menjadikan Instahome sebagai satu-satunya platform penyewaan di Asia yang memeriksa rumah yang bakal disewakan dengan senarai semak 150 mata. Jadi tak wujud hartanah dengan maklumat palsu di platform ni, apa yang korang lihat, itulah yang akan diterima.

Lakukan virtual tour untuk pilih rumah sewa di Instahome. Mudahnya!

Di Instahome kepuasan pelanggan menjadi keutamaan. Kalau korang rasa semasa lockdown ni mustahil untuk melakukan lawatan fizikal dan hanya bergantung dengan gambar yang disediakan, di Instahome korang boleh buat lawatan maya tau.

Platform ini menyediakan akses untuk lawatan video secara maya dengan gambar HD terkini untuk bakal penyewa.

Korang tak perlu risau kerana paparan secara dalam talian ini lebih selamat. Jika korang dah jumpa rumah sewa di kawasan yang diingini, korang boleh terus set appointment untuk virtual tour. 

Korang boleh lihat keadaan rumah secara 360°, zoom dan juga bergerak di sekeliling rumah secara maya.

Jangan risau kalau korang tak selesa nak tengok seorang diri, terdapat Instabuddy (kakitangan Instahome) yang akan menemani korang. 

Bahkan bukan itu saja, korang juga boleh setkan masa untuk sesi lawatan maya di mana kakitangan Instahome akan membimbing korang dan menjawab sebarang pertanyaan secara maya.

Disebabkan sekarang masih dalam keadaan di mana semua mengamalkan penjarakan sosial dan berjaga-jaga. Instahome turut memudahkan korang dengan tempahan selamat secara atas talian.

Tiada dokumen yang korang kena tandatangan secara bersekemuka kerana semua proses perjanjian dan pembayaran dilakukan secara atas talian sahaja.

Eh kejap ada lagi, sebelum korang berpindah masuk, Instahome akan memeriksa keadaan kediaman sehingga 3 kali bagi memastikan semuanya sempurna.

Sekiranya apa yang korang lihat tidak sama seperti yang diinginkan, tak perlu risau kerana penyewa dilindungi oleh Jaminan Pengembalian Wang Instahome atau pilihan Rehome, di mana Instahome akan mencari rumah baru untuk korang.

Rent Fast, Rent Safe, Rent Smart

Kini dengan 3,000 rumah dengan lawatan maya tersedia untuk disewa di sekitar Lembah Klang, pengalaman mencari dan menyewa rumah menjadi lebih mudah dan menjimatkan masa di Instahome.

Kalau korang nak tau, selain pembayaran sewa secara dalam talian, korang juga boleh mengumpul mata ganjaran dan menguruskan kediaman sepenuhnya secara dalam talian juga. Segalanya kat hujung jarilah!

Lebih istimewa sekarang sehingga 31 Oktober 2021, korang boleh dapat pulangan RM500 menggunakan promo kod “STAYHOME21” apabila korang melawat dan membuat tempahan rumah sewa secara atas talian.

Jadi tunggu apa lagi? Kalau korang nak cari rumah sewa, dah tak perlu tunggu habis lockdown, layari saja Instahome dan lakukan virtual tour korang sekarang. 

Untuk maklumat lanjut, lawati laman web Instahome atau ikuti mereka di Facebook, Twitter dan Instagram sekarang!

Comments

Lagi dalam kategori Branded

Ke Atas