Connect with us

Oh! Media

Kecil-Kecil Cili Padi, Kisah Si Cilik Kishen Buat Netizen Kagum

Branded

Kecil-Kecil Cili Padi, Kisah Si Cilik Kishen Buat Netizen Kagum

Setiap daripada kita bertanggungjawab menjaga dan melindungi alam sekitar.Jika setiap individu menunaikan tanggungjawab ini, impak negatif yang akan menimpa dapat dikurangkan.

Selain perkara asas seperti tidak membuang sampah merata-rata sehingga mengotorkan kawasan sekeliling, pelupusan sisa buangan juga perlu diberi perhatian.

Apa itu sisa buangan? Contoh paling mudah untuk sisa buangan ini adalah minyak masak terpakai. Tahu tak, secara purata, seorang rakyat Malaysia menggunakan 1kg minyak masak setiap bulan. Ini bersamaan dengan 12kg minyak masak setahun!

Apa yang lebih membimbangkan, 75% minyak masak terpakai dibuang ke dalam sinki. Tindakan ini akan memberi kesan negatif kepada hidupan laut dan mencemarkan tumbuhan dan sumber air.

Sempena pesta cahaya ini, jom ikuti kisah hero cilik Kishen yang memberi kesedaran kepada rakan-rakan dan keluarga dalam misi menjaga alam sekitar.

Sekecil-kecil usaha tidak patut dipandang sebelah mata. Kita juga boleh menjadi hero seperti Kishen dengan cara tersendiri.

Tonton gelagat Kishen dan rakan-rakan mencari penyelesaian dan kesedaran demi persekitaran lebih baik untuk masa depan dalam video iklan Deepavali Sunway Group.

Untuk rekod, Sunway Hotels & Resorts telah bekerjasama dengan FatHopes Energy untuk mengitar semula minyak masak untuk ditukar kepada bahan api biodiesel. Pada tahun 2021, sebanyak 14,000kg minyak masak telah berjaya dikumpul!

Lagi dalam kategori Branded

Ke Atas