Connect with us

Oh! Media

Intel® Evo™ Platform Tawar Komputer Riba Premium Dalam Kelas Tersendiri

Branded

Intel® Evo™ Platform Tawar Komputer Riba Premium Dalam Kelas Tersendiri

Apabila membeli sesebuah komputer riba, korang mesti akan perasan ada sticker yang dilekatkan bahagian bawah penjuru papan kekunci?

Kalau korang nak tau, fungsi sticker ini ialah untuk memaparkan jenis prosesor yang digunakan bagi sesebuah komputer riba. Kali ni kami nak berkongsi tentang kelebihan prosesor jenis Intel® Evo™ dan kenapa ia penting dalam pemilihan komputer.

Intel® Evo™ Platform ialah Project Athena generasi kedua yang memfokuskan kepada kecekapan penggunaan kuasa dan prestasi multimedia pada komputer riba yang nipis dan ringan.

Apa yang menarik tentang Intel® Evo™ Platform?

Intel® Evo™ Platform dikuasakan dengan Intel® Corei5 atau i7 Generasi ke-11 dan grafik Iris® Xe yang memberikan tindak balas serta-merta untuk penggunaan aplikasi harian seperti Microsoft Office, Google Chrome termasuk Zoom.

Untuk mendapatkan pelekat Intel® Evo™, sesebuah jenama komputer riba hendaklah melepasi standard spesifikasi piawaian yang ditetapkan di bawah Project Athena termasuklah dari segi reka bentuknya.

Komputer riba turut akan diuji mengikut situasi sebenar penggunaan dengan paparan Full High Definition (FHD).

Beberapa standard piawaian yang turut diambil kira ialah peranti boleh dihidupkan segera (daripada mood sleep) dalam masa kurang satu saat, pengecasan pantas dapat bertahan 4 jam (selepas dicas kurang 30 minit).

Bagi memudahkan urusan pekerjaan di mana sahaja, komputer riba mestilah dapat bertahan lebih 9 jam dengan paparan FHD selepas dicas penuh.

Penambahbaikan bagi Intel® Evo™ Platform mencipta penanda aras baru dalam dunia pengkomputeran, apabila menampilkan sambungan berwayar dan tanpa wayar terbaik dalam kelasnya dengan penyambungan Thunderbolt dan Intel® WiFi 6 (Gig+).

Intel® Evo™ Platform juga mempunyai audio, speaker dan mikrofon yang berkualiti tinggi, selaln mempunyai software noice-cancellation dan paparan video HD.

Sesuaikan gaya hidup pantas dengan Intel® Evo™ Platform

Dalam bidang pekerjaan yang bergerak laju dan memerlukan multitask, memiliki komputer riba yang berprestasi tinggi menjadi satu keperluan.

Melalui standard yang ditetapkan Intel®, peranti dapat digunakan dengan mudah, fleksibel dan memberikan tindak balas yang pantas.

Selain itu, peranti juga dapat menyesuaikan penggunaan mengikut keperluan berbeza. Ini pastinya membantu mereka yang menggunakan software berat seperti di pusat hiburan, bidang kreatif dan pejabat.

Pastikan pelekat Intel® Evo™ Platform baru beli!

Jadi bagi korang yang ingin membeli komputer riba dengan kualiti premium pastikan ia mempunyai pelekat Intel® Evo™ Platform.

Bagi yang berminat mendapatkannya boleh klik sahaja pada link yang tertera dibawah.

GLOO: https://www.gloo.com.my/Intel-Evo-Platform/

LAZADA:https://www.lazada.com.my/shop/gloo-store/IntelEvoPlatform.htm?spm=my_storebuilder.editPC.0.0.7a99a1N6a1N64u&wh_weex=true

Shopee:https://shopee.com.my/shop/3089259/search?shopCollection=49119242

Hotline: +012-9787616

Comments

Lagi dalam kategori Branded

Ke Atas