Connect with us

Oh! Media

Bila Tidur Malam Selalu Mandi Peluh! Rupanya Ada Tilam Dengan Fabrik Sejuk & Anti Statik Keluaran Malaysia

goodnite

Branded

Bila Tidur Malam Selalu Mandi Peluh! Rupanya Ada Tilam Dengan Fabrik Sejuk & Anti Statik Keluaran Malaysia

Hari tu sempatlah cuci mata kejap, cari kelengkapan rumah dekat Galeri Perabot Goodnite cawangan Balakong, serius rambang mata! Dekat sini korang boleh dapatkan sofa, set meja makan, almari tv, katil dan macam-macam lah. Dalam banyak-banyak barang yang ada, Ohmedia tertarik gila dengan tilam yang baru jer mereka lancarkan.

Nak tahu apa yang bestnya pasal tilam tu, meh sini nak share… Katanya tilam jenis ni pertama dekat Malaysia!

Kalau cerita tentang kualiti tilam Goodnite ni memang terbaik gais! Ini kerana mereka sudahpun berjaya hasilkan produk tilam dan peralatan tidur yang inovatif serta berpatutan sejak tahun 1989 lagi. Memang jadi pilihan rakyat Malaysia lah, tak cari tilam lain dah lepas pakai.

Berbeza dengan Love Series II, Goodnite kali ini memperkenalkan Love Series III dan ia lebih istimewa apabila Goodnite telah menggabungkan teknologi fabrik dari dua negara iaitu STATFREE® (Belgium) dan IceSleep® (Jepun).

Penggabungan fabrik DUOCARE™ teknologi ni adalah yang pertama di Malaysia tau, jadi korang tak perlu pening lagi nak pilih tilam mana satu sebab Goodnite dah letak dua teknologi terbaik ni dalam satu tilam.

Apa fungsi DUOCARE™ teknologi ni?

STATFREE® merupakan teknologi anti statik yang ada pada fabrik permukaan tilam bagi membantu meneutralkan statik atau caj elektrik yang ada pada badan kita. Dengan teknologi ini, badan kita akan mendapat rehat yang cukup dari keletihan seharian bekerja dan mampu tingkatkan kualiti tidur.

Teknologi IceSleep® pula akan memberikan pengalaman tidur yang luar biasa dan lebih mewah. Ini disebabkan adanya Icy Yarn yang diperbuat daripada zarah nano mika yang telah dihancurkan daripada jed terpilih.

Zarah berskala nano yang hanya 1% je lebarnya dari sehelai rambut ini telah diletakkan dalam benang tilam untuk mengimbangi pernafasan dan keselasaan bila kita baring.

Senang cerita, bila kita rebahkan badan atas tilam ni, rasa sejuk dan selesa gila. Tak sampai 10 minit, mesti terus meleleh air liur basi korang…

Dekat permukaan fabrik tilam itulah ada DUOCARE™ teknologi…

Spring poket dua lapisan.

Love Series III ini mempunyai dua lapisan spring yang berbeza, terbahagi kepada keras dan lembut. Dengan spring yang dibalut secara berasingan, ia akan memberikan sokongan ergonomik saiz dan berat badan kita. Barulah tak terasa terapung je tidur atas tilam, tulang belakang pun akan terjaga dengan betul mengikut bentuk badan.

100% lateks asli

Love Series III ini menggunakan 100% Latex iaitu susu getah asli bagi melancarkan pernafasan dan mengurangkan alahan. Memang selesa gila lah bila tidur nanti..

Tilam tak sesuai dengan badan boleh buat pertukaran?

Love Series III ada 3 jenis yang korang boleh pilih iaitu Perfect Love, Tender Love dan In Love. Sekiranya tilam yang korang pilih tidak sesuai dengan badan atau rasa tak selesa, korang boleh lakukan pertukaran untuk pastikan kita dapat tilam Love Series III yang terbaik (mengikut terma & syarat).

RM90 Je Sebulan, Biar Betul?

Bagi sesiapa yang berminat, korang boleh dapatkan Love Series III, In Love saiz queen dengan ansuran hanya pada RM90 je sebulan tanpa faedah tau. Pergh! Memang mampu milik…

Sebarang pembelian boleh dilakukan di semua kedai pengedar sah Goodnite, Goodnite Outlet, Goodnite Eazy dan kedai rasmi Goodnite di Shopee dan Lazada.

Setiap pembelian tilam Love Series III, kita dapat jaminan selama 15 tahun dan percuma bantal LATEX berharga RM588.

Bagi Oh! Media, memang berbaloi sangat dengan RM90 je sebulan, kita dah boleh dapatkan keselesaan yang luar biasa untuk tidur. Tambah lagi bila balik dari kerja tu, dapat bayangkan feel dia tu macam mana. Betul in love!

Untuk maklumat lanjut, korang boleh pergi ke Facebook rasmi Goodnite.

+ Baca respon pembaca yang di Facebook dan Telegram Oh! Media.

Teruskan membaca..
Berita lain yang popular...

Lagi dalam kategori Branded

Ke Atas