Connect with us

Oh! Media

Gabungan Rahsia Kecantikan Korea & Habbatus Sauda. Miliki Rangkaian Produk Alia Untuk Kejelitaan Semulajadi Hanya Di Watsons

Branded

Gabungan Rahsia Kecantikan Korea & Habbatus Sauda. Miliki Rangkaian Produk Alia Untuk Kejelitaan Semulajadi Hanya Di Watsons

“Cantiknya kulit idol ni, apalah agaknya rahsia diorang”

Memiliki kulit yang sihat menawan pastinya menjadi impian semua. Korang pernah tak terfikir kenapa kulit wajah artis dan orang Korea selalu cantik dan nampak glowing. Jealous sangat!

Kalau korang nak tau, orang Korea ni suka menggunakan produk daripada bahan semulajadi sebagai rutin kecantikan mereka. Sebab itulah wajah mereka lambat dimakan usia malah nampak sihat je.

Tapi ni kami nak share dengan korang, satu produk yang menggunakan bahan daripada Korea dan digabungkan bersama kebaikan habbatus sauda yang mempunyai 1001 manfaat seperti meremajakan kulit dan melambatkan penuaan. 

Alia gabungan rahsia kecantikan Korea & Habbatus Sauda

Haaa.. Inilah jenama yang kami nak kongsikan dengan korang, Alia. Kalau korang pelanggan setia Watsons, korang mesti pernah nampak rangkaian produk Alia ni.

Min mula-mula tau tentang minyak wangi dia je, sekali sembur tahan lama tau keharumannya. Tapi rupanya Alia ni ada rangkaian produk lain yang merangkumi penjagaan wajah dan kecantikan.

Miliki wajah lebih mulus dengan Alia Brightening Range

Selain kulit yang sihat, memiliki wajah yang cerah merupakan impian ramai wanita. Alia Brightening Range dapat membantu menyelesaikan masalah ini.

Diformulasikan daripada bunga teratai Jeju yang mempunyai fungsi mencerahkan, Habatus Sauda dan B3 bagi mengurangkan melanin. Ia membantu korang untuk memiliki kulit cerah dan tanpa cela.

Bukan itu saja ramuannya turut bebas daripada pewarna tiruan, minyak mineral, lanolin, paraben, alkohol dan unsur haiwan serta dijamin selamat dan melepasi ujian dermatologi.

Kulit Tanpa Jerawat Dengan Alia Tea Tree

Bagi yang ingin kulit wajah yang sihat dan bersih pula, Alia turut memiliki rangkaian penjagaan wajah, Alia Tea Tree.

Ia diformulasikan dengan teh hijau Jeju yang membantu merawat jerawat, habbatussauda yang mempunyai fungsi antioksidan serta minyak tea tree yang membantu mengawal sebum dan cela.

Setiap satu produk rangkaian Alia Tea Tree mempunyai fungsi untuk merawat kulit berjerawat serta melindungi daripada kerosakan akibat radikal bebas dan sinaran UV. Jadi pastikan korang dapat perlindungan menyeluruh untuk mendapatkan kulit wajah yang sihat.

Cantik Menawan di Hari Raya dengan Alia Matte Lipstick & Alia Face Make Up

Lepas dah dapat kulit wajah yang diidamkan, barulah lebih yakin bila nak bersolek. Alia turut memiliki rangkaian produk kecantikan yang pasti dapat menaikan seri wajah korang.

Alia Lipstick Matte, mempunyai 5 pilihan warna yang menawan dan boleh disesuaikan mengikut pengayaan korang, sama ada nak ke pejabat atau keluar bersama rakan. Walaupun mempunyai tekstur matte, bibir korang takkan terasa kering sebab ia mengandungi ekstrak alpukat yang melembapkan serta khasiat habbatussauda.

Bagi Alia Face MakeUp pula mempunyai rangkaian BB Cream, 2 way cake dan mineral powder yang diperkaya dengan khasiat bunga Jeju (Jeju Blossom) dan dan tidak dilupa rahsia kecantikan zaman-berzaman habbatussauda.

Segar & wangi dengan haruman Alia

Cuaca panas dan lembap di negara ni kadang-kadang menyebabkan badan kita mudah berbau serta tidak selesa.

Tapi korang tak perlu risau, Alia turut memiliki rangkaian haruman yang korang tak boleh lepaskan. Alia Body Fragrance diperkaya dengan tea tree serta habbatussauda untuk wangian berpanjangan dan melembutkan kulit.

Kalau nak yang mudah dibawa ke mana sahaja, korang boleh try Alia Handbag EDT. Bukan sahaja kompak, satu semburan dah cukup untuk wangian kekal lama.

Dapatkan rangkain produk Alia di Watsons untuk rahsia kecantikan semulajadi

Menggunakan ramuan semulajadi bersama gabungan dari negara Koreai. Korang tak boleh lepaskan peluang untuk memiliki rangkaian produk Alia ni.

Kalau korang nak tau produk Alia ni hanya dijual secara eksklusif di Watsons dan yang paling penting kesemua rangkaian produknya adalah hahal. 

Sekarang di kedai Watsons serta kedai digital tengah ada promosi untuk rangkaian produk Alia tau. Rugi tak grab sekarang.

Jadi tunggu apa lagi? Miliki produk Alia korang dan rasai sendiri perubahannya. Untuk maklumat lanjut korang boleh terus klik di SINI.

Comments

Lagi dalam kategori Branded

Ke Atas