Connect with us

Oh! Media

Dapat Sambutan Ramai! Ini Sebab Mengapa HUAWEI WATCH 3 Series Jadi Jam Tangan HUAWEI Paling Premium

Branded

Dapat Sambutan Ramai! Ini Sebab Mengapa HUAWEI WATCH 3 Series Jadi Jam Tangan HUAWEI Paling Premium

Pada 25 Jun 2021, HUAWEI Malaysia telah melancarkan sebuah model jam pintar terbaru mereka iaitu HUAWEI WATCH 3 Series dan ia merupakan jam pintar pertama di dunia yang dikuasakan dengan sistem operasi terbaru, HarmonyOS 2.

Menariknya HUAWEI WATCH 3 Series Series ini masih mengekalkan rekaan jam bulat tradisional bagi memastikan pengguna dapat merasai pengalaman yang sama seperti memakai jam tangan biasa tetapi bukan hanya sekadar menunjukkan waktu, bahkan lebih pintar.

HUAWEI turut memastikan jam pintar yang dihasilkan lebih premium dan sesuai digayakan semua orang tidak kira apa keadaan sekalipun. Ia juga menampilkan rekaan estetik dengan bahan titanium, skrin kaca 3D ultra-lengkung dan tahan calar serta anti cap jari dan kaca seramik di bahagian belakang. 

Ada 2 pilihan, HUAWEI WATCH 3 dan HUAWEI WATCH 3 Pro. Korang pilih yang mana? Dengan HUAWEI WATCH 3 Pro pula, skrin kaca diperbuat dari sapphire glass, memang tahan calar dan lasak.

Sebelum buat pilihan, jom kita lihat 6 sebab mengapa HUAWEI WATCH 3 Series sangat premium!

1. Dilengkapi eSIM untuk jawab panggilan tanpa telefon pintar disisi

Agak menjengkelkan bila kita perlu membawa telefon pintar bila lakukan aktiviti bersukan. Tapi, HUAWEI WATCH 3 Series yang dilengkapi dengan teknologi eSIM membolehkan kita mengawal apa sahaja tanpa telefon pintar di sisi. Bayangkan ketika berenang kita boleh menjawab panggilan terus dari kolam renang tanpa perlu ke loker untuk mengambil telefon pintar. Terbaik weh!

Kita juga dapat nikmati komunikasi yang lancar melalui Wi-Fi dan data dengan HUAWEI  MeeTime. Jika alami kemalangan atau kecemasan, kita boleh terus melakukan panggilan SOS hanya dari pergelangan tangan.

Ini bermakna dengan HUAWEI WATCH 3 Series, kita dapat sentiasa berhubung dengan telefon pintar dan boleh bergerak bebas. 

2. Jam pintar paling lama hidup di dunia dengan jangka hayat 21 hari

Menghabiskan masa hanya untuk mengecas setiap hari mahupun 2 kali sehari pasti amat menyukarkan bagi sesetengah orang yang akhirnya tidak lagi menggunakan jam pintar yang dibeli. Jam tangan tradisional tak perlu dicas, sebab itu HUAWEI telah berjaya hasilkan jam pintar dengan jangka hayat bateri lebih panjang.

HUAWEI WATCH 3 Series mempunyai jangka hayat bateri terpanjang selama 21 hari dan sehingga 5 hari untuk penggunaan pintar. Lebih menarik lagi, kalau bateri jam pintar habis bila dekat luar, kita boleh caj terus dari belakang telefon pintar HUAWEI terpilih yang dimiliki.

3. Pemantauan kesihatan 24/7

Dengan jangka hayat bateri yang panjang, ia membolehkan HUAWEI WATCH 3 Series memantau kesihatan kita sepanjang hari. Ciri pemantauan kesihatan paling penting sekarang adalah mengetahui kandungan SpO2 dalam badan kita kerana kita tidak mahu kandungan oksigen berkurangan yang akhirnya menjejaskan aktiviti seharian kita.

HUAWEI WATCH 3 Series turut memantau degupan jantung 24 jam dengan teknologi HUAWEI TruSeen™ 4.5, merekod serta memantau corak tidur kita sepanjang malam, mengesan tahap tekanan serta turut mencadangkan penyelesaian yang sesuai seperti latihan pernafasan dan banyak lagi fungsi kesihatan lain. 

Semua ini akan membantu dan meningkatkan keperluan kesihatan anda dalam jangka masa panjang!

4. Personal assistant 24/7 dengan penuh style

Bila dah ada HUAWEI WATCH 3 Series dekat pergelangan tangan, ia pasti akan sentiasa menjadi pembantu kita yang paling setia. Cewahh!

Kemalangan boleh berlaku bila-bila masa, tanpa kita jangkakan. HUAWEI WATCH 3 Series sentiasa bersedia untuk memberikan amaran. Jam pintar ini dapat mengesan jika penggunanya terjatuh dan ia akan memasuki mod bantuan SOS secara automatik.

Kebanyakan reka bentuk muka jam dalam pasaran jam pintar sekarang kelihatan sama. Tidak seronok la kalau kita tak dapat nak luahkan keunikan sendiri pada muka jam. Dengan HUAWEI WATCH 3 Series, pengguna kini boleh memilih muka jam yang mereka suka dengan senang.

5. Mampu tingkatkan gaya hidup aktif kita

Ini adalah fungsi yang paling menarik untuk kita guna bila ada jam pintar. HUAWEI WATCH 3 Series mempunyai banyak pilihan permainan sukan untuk mendorong kita terus aktif dan bergerak sebanyak mungkin.

Dengan teknologi GPS Dwi yang ada dalam HUAWEI WATCH 3 Pro, ia dapat memastikan kedudukan semasa kita dengan lebih tepat sewaktu bergerak. Ada lebih 100 mod latihan yang boleh dipilih dan jam pintar ini bersedia ikut kita mengharungi apa jua cabaran tahap kecergasan yang kita lakukan.

6. Jam pintar pertama di dunia dikuasakan HarmonyOS 2

Tiada telefon pintar HUAWEI? Jangan risau sebab HUAWEI WATCH 3 Series mesra pengguna. Kita hanya perlu mengimbas kod QR pada kotak peranti dan memuat turut aplikasi HUAWEI Health dan Voila!

HarmonyOS 2 turut menyokong pengendali talian tempatan seperti Maxis, Digi, U Mobile untuk memastikan eSIM sentiasa berfungsi.

Jadi tiada masalah lagi untuk kita dapatkan pelbagai aplikasi yang tersedia di Malaysia yang boleh didapatkan di HUAWEI AppGallery.

Tempah sekarang dan dapat dapat hadiah percuma bernilai RM828

Tempahan HUAWEI WATCH 3 Series telah bermula dari 25 Jun hingga 6 July 2021 ini. Harga jualan HUAWEI WATCH 3 bernilai RM1,699 dan HUAWEI WATCH Pro pada harga RM2,199.

Berminat untuk mendapatkan HUAWEI WATCH 3 Series ini boleh terus lakukan tempahan di HUAWEI Online Store, Shopee dan Lazada atau boleh juga dapatkan di Senheng dan senQ. Kalau nak rasai sendiri kehebatan HUAWEI WATCH 3 Series ni boleh pergi terus ke HUAWEI Experience Store berdekatan.

Lagi dalam kategori Branded

Ke Atas