Connect with us

Oh! Media

Cara Mudah Masak Hidangan Berbuka, Sedap, Cepat, Tahu-Tahu Siap!

Branded

Cara Mudah Masak Hidangan Berbuka, Sedap, Cepat, Tahu-Tahu Siap!

Sedar tak sedar, Ramadan kembali menjelma. Seharian berpuasa, bila tiba berbuka kadang-kadang kelu tak ada idea. Nak beli di pasar Ramadan, sesak, susah parking, nak masak pula, ambil masa lama untuk beli bahan, nak memasak lagi. Leceh.

Sedapnya kalau dapat berbuka rendang ayam, walaupun sinonim dengan raya, bagi kami rendang tetap jadi kegemaran sepanjang tahun. Mungkin ramai yang buat rendang ketika raya je sebab leceh perlu menyediakan banyak bahan. Semua kena cukup lengkap barulah sedap kan?

Tapi sekarang, semua pun dah mudah. Nasib baik ada Pes Rendang Chef-Ku, nak buat rendang pun tak renyah dah. Mak-mak kalau tahu ni mesti suka punyalah. Jimat masa, paling penting, sedapppp!

Buat rendang menggunakan pes dari Chef-Ku ni masih kekalkan rasa rendang, saling tak tumpah macam rendang biasa. Lagi sedap! Terasa rempah dan keenakan hidangan rendang. Makan dengan nasi panas untuk berbuka, memang layan habis.

Mudah dan sangat jimat masa, sejam sebelum berbuka pun boleh buat. Maklumlah sibuk dengan kerja, perlu cepat-cepat balik ke rumah memasak untuk seisi keluarga. Dengan Pes Chef-Ku, semua settle. Cepat, enak dan pes ini juga bebas MSG, pengawet, pewarna, perasa tiruan dan mendapat pengesahan halal.

Ada 5 pes kesemuanya selain Rendang: Sambal Tumis, Nasi Kandar, Kari Daging dan Asam Pedas. Setiap hari tukar satu menu, semuanya sedap-sedap. Tak ambil masa lama pula tu. Memang kena cuba guys.

Masak-masak, berpeluang menang Air-fryer Tefal bernilai RM799

Alang-alang dah memasak untuk keluarga tu, apa kata korang join sekali Peraduan Jom Masak dengan Chef-Ku. Korang berpeluang menang Air-fryer Tefal bernilai RM799 atau satu set rangkaian pes masakan Chef-Ku (5 pemenang). Lumayan tu, mana tau rezeki korang menang kan?

Macam mana nak join?

1.Beli mana-mana 2 pek pes Chef-Ku dari Jaya Grocer, Village Grocer, AEON Big, AEON atau Giant ketika tempoh peraduan.

2.Muat naik foto resit dan butiran peribadi di SINI.

3.Simpan resit dan tunggu keputusan dari penganjur. Pemenang akan dihubungi melalui emel atau telefon.

4.Peraduan berlangsung dari 24 Mac hingga 5 Mei 2022.

5.Tertakluk terma dan syarat. Untuk maklumat lanjut, lawati Facebook Chef-Ku atau hubungi hotline Chef-Ku di 03-3362 2828 (Dari Isnin hingga Jumaat, 8 pagi hingga 5 petang kecuali waktu makan tengah hari dan hari cuti umum).

Tak ada idea nak masak apa? Cari laman sosial Chef-Ku dan tonton video-video dari Chef Carrie, confirm ada inspirasi nak masak apa hari ini. Jom guys?

Lagi dalam kategori Branded

Ke Atas