Connect with us

Oh! Media

Berkesan 3 Kali Ganda Daripada Vitamin C, Ini Rahsia Untuk “Glass Skin Glow” Ala Korea Yang Ramai Tak Tahu!

Eucerin Even Radiance

Branded

Berkesan 3 Kali Ganda Daripada Vitamin C, Ini Rahsia Untuk “Glass Skin Glow” Ala Korea Yang Ramai Tak Tahu!

Wanita dan rutin penjagaan wajah berpisah tiada. Maklumlah, dengan menjaga kulit, bukan saja dapat memberi keyakinan kepada individu, malah menjadi satu kepuasan buat diri sendiri apabila dapat melihat kulit wajah kekal bersih berseri. 

Dengan standard kecantikan yang ada sekarang ni, tak dinafikan ramai wanita cuba menggunakan pelbagai jenis produk untuk mendapatkan kulit yang glowing ala-ala gadis Korea. 

Seperti yang korang tahu, glass skin menjadi satu trend kecantikan yang sangat popular di Korea Selatan sebab ia menampakan kulit kelihatan sejernih kristal, tidak berpori dan bercahaya macam sekeping kaca. Wow!

Trend ini sangat popular dalam kalangan wanita di seluruh dunia sehinggakan ramai yang cuba mencari produk yang bersesuaian dengan kulit, namun tidak mendapat hasil  yang diinginkan. 

Tapi, korang tak perlu risau sebab kami dah jumpa satu produk yang sesuai untuk semua jenis kulit dan terbukti selamat digunakan iaitu Eucerin Even Radiance.

Tampil Lebih Yakin Dengan Eucerin Even Radiance

Memahami permasalahan wanita, Eucerin hadir dengan rangkaian Even Radiance yang dapat membantu untuk mencerahkan serta membuatkan kulit bertambah glowing. Wow, bagusnya!

Untuk pengetahuan, rangkaian produk daripada Korea Selatan ini bukan saja telah terbukti secara klinikal, malah ia juga merupakan salah satu jenama penjagaan kulit secara dermatologi  yang sesuai untuk rutin penjagaan kulit tau!

Paling penting, rangkaian ini dihasilkan menggunakan teknologi Jerman yang lebih daripada 100 tahun bersama pakar kulit Asia, membuatkan kulit korang lembut sentiasa! 

Dalam rangkaian ini, terdapat 3 jenis produk iaitu Water Gel Moisturizer, Duo Ampoules dan Dark Circle Corrector. Haa, kalau korang nak tahu sejauh mana keberkesanan produk ini, jom kita tengok! 

Water Gel Moisturizer

Siapa yang mengalami masalah kulit kering hingga merekah, Eucerin Even Radiance Water Gel Moisturizer adalah pilihan yang tepat!

Kalau korang nak tahu, pelembap ini mengandungi bahan semula jadi seperti ekstrak licorice dan lumiscin(niacinamide) yang 3 kali ganda lebih efektif daripada Vitamin C*. Wah, seriuslah?! 

Dengan ramuan yang ada, ia dapat memberikan 90% pencerahan pada kulit serta menjadikan kulit bertambah glowing sehingga 91% hanya dalam masa 2 minggu*. Terbaiklah! 

Bukan itu saja, kami jamin korang confirm akan suka dengan pelembap ini sebab ia mempunyai tekstur air yang sejuk pada kulit, hasil daripada rumusan Aqua GG yang dapat menghidrat secara mendalam serta memberikan 100% kelembapan. 

Paling penting, pelembap ini turut membantu meremajakan kulit menerusi bahan Panthenol yang dapat merangsangkan pertumbuhan semula sel kulit. Barulah kekal awet muda! 

*diambil dari REJUVENATION RESEARCH. Jilid 10, Nombor 2, 2007 © Mary Ann Liebert, Inc. DOI: 10.1089/rej.2006.0513

Kajian PIU dari Korea Selatan dengan 80 responden, 4 minggu

Duo Ampoules

Apa erti rutin penjagaan kulit tanpa serum betul tak? Haa, Eucerin turut hadir dengan dua jenis serum iaitu Bright dan Glow yang mana kedua-dua serum ini saling melengkapi serta menjadi kunci utama untuk dapatkan kulit wajah yang glowing

Sebelum pakai serum ini, korang perlu tahu turutan yang betul iaitu Bright menjadi langkah pertama, diikuti dengan serum Glow. Barulah ia dapat memberikan kesan yang efektif pada kulit. 

Untuk serum Bright, ia mempunyai tekstur berair dan ringan, hasil daripada bahan ekstrak Licorice yang dapat meresap lebih dalam pada lapisan kulit dan bertindak sebagai pra-serum. 

Kalau korang nak tahu, Bright menjadi langkah pertama dalam rutin ini disebabkan ia dapat membantu untuk menghalang radikal bebas, memulihkan sel kulit yang kusam dan rosak serta mengaktifkan semula sel kulit supaya serum kedua dapat meresap jauh lebih mendalam. 

Paling penting, serum Bright ini mempunyai kadar antioksidan yang kuat sehinggakan ia boleh meneutralkan radikal bebas yang terhasil daripada sinaran UV, persekitaran dan gaya hidup.

Manakala untuk turutan kedua pula, serum Glow ini mempunyai tekstur milky translucent yang dapat membantu untuk menyuburkan serta melembapkan kulit dengan lebih baik. 

Apa yang buat kami jatuh cinta dengan serum Glow ini adalah ia dapat membuatkan kulit rasa terhidrat dan pada masa yang sama dapat menggandakan tahap pencerahan kulit. Bestnya! 

Bukan itu saja, serum ini dirumus dengan Aqua GG, membuatkan setiap sapuan sangat mudah meresap ke dalam kulit dan tidak berminyak langsung tau. Ini yang kita mahukan!

Serum Glow juga mengandungi Niacinamide yang bertindak menghalang pigmen serta melanin daripada menjadi bintik-bintik gelap serta mempunyai anti-radang dan anti-bakteria aktif untuk membantu bertindak pada cela, menjadikan kulit lebih sekata. 

Selain itu, Lumissin atau ekstrak daun zaitun turut digunakan dalam serum ini yang bertindak untuk melawan tanda-tanda penuaan, kulit kusam yang lebih berseri serta menghalang pengoksidaan pada tahap sel. 

Haa, kalau korang nak dapatkan kesan yang lebih efektif, korang wajib ikut turutan apabila menggunakan serum ini tau! 

Dark Circle Corrector

Salah satu rutin yang kami jamin ramai terlepas pandang adalah penjagaan bawah mata. Haa, rutin ini juga penting tau kalau nak dapatkan wajah yang glowing persis gadis Korea!

Sebab itu lah Eucerin hadir dengan Dark Circle Corrector dalam rangkaian terbaru mereka supaya korang terbiasa untuk menjaga lingkaran bawah mata. 

Menariknya, ia dirumus dengan ekstrak niacinamide dan licorice yang dapat membantu untuk memulihkan lingkaran mata gelap pada akarnya daripada stasis darah dan hiperpigmentasi tau. 

Bukan itu saja, mata korang akan terasa sangat tenang dan sejuk sebab ia diperbuat daripada Aqua XYL yang dapat meningkatkan penghidratan pada kantung bawah mata serta dapat mengurangkan garis halus dan bengkak. Bestnya!

Apa yang kami suka dengan produk ini adalah ia mengandungi bahan Haloxy yang dapat mencerahkan kantung bawah mata serta menyegarkan kulit. Haa, siapa yang ada masalah eyebag besar tu, memang kami recommend sangat cuba produk ini!

Kulit Lebih Sihat & Glowing Dengan Eucerin

Haa, baguskan rangkaian Even Radiance daripada Eucerin ni. Dah lah semua bahan yang digunakan telah terbukti secara klinikal, ia menjadi jenama penjagaan kulit secara dermatologi lagi tau! Apa yang menghalang korang daripada menggunakan rangkaian produk ni kan?

Jadi, tunggu apa lagi? Cepat dapatkan rangkaian Even Radiance di farmasi berdekatan sekarang atau di aplikasi e-dagang Shopee untuk tampil dengan kulit yang lebih glowing ala-ala gadis Korea! 
Maklumat lanjut, layari laman web rasmi di Eucerin atau ikuti media sosial di Facebook dan Instagram.

Lagi dalam kategori Branded

Ke Atas