Connect with us

Oh! Media

Bayaran Bulanan Serendah RM79 Sempena Promosi Kaw-Kaw LG PuriCare™

Branded

Bayaran Bulanan Serendah RM79 Sempena Promosi Kaw-Kaw LG PuriCare™

Bila banyak masa dihabiskan di rumah, korang pastinya mahukan yang terbaik untuk melindungi kesihatan diri dan keluarga. Lebih-lebih lagi waktu pandemik macam ni.

Ni Oh! Media nak share dengan korang tentang Promosi Kaw-Kaw LG PuriCare™, tipulah kalau cakap korang tak pernah dengar tentang jenama popular ni.

Kami nak bagitau korang, kalau selama ni korang dah lama teringin nak memiliki penulen air tanpa tangki atau penulen udara jenama LG PuriCare™, inilah masa terbaik korang, sebab LG PuriCare™ sedang mengadakan promosi kaw-kaw yang korang tak boleh lepaskan!

Korang boleh memilih untuk menikmati promosi ni secara bayaran terus atau sewa bulanan dengan bayaran serendah RM79. Tak perlu nak risau lagi tentang bajet, dengan Promosi Kaw-Kaw LG PuriCare™ korang pun mampu memiliki produk terbaik LG.

Bukan itu saja, potongan harga sehingga 50 peratus turut menanti bagi bagi rangkaian Penulen Air Tanpa Tangki LG PuriCare™  dan Penulen Udara LG PuriCare™ 360°  yang ditawarkan.

Penulen Air Tanpa Tangki LG PuriCare™ Serendah RM79 Je Sebulan!

LG PuriCare™ menawarkan model WD210AN yang direka secara eksklusif untuk rakyat Malaysia, di mana terdapat dua pilihan suhu yang tersedia iaitu panas dan suhu bilik. 

Menggunakan teknologi tanpa tangki, korang boleh menikmati air yang bersih dan selamat diminum pada harga serendah RM79 sebulan.

Apa yang menarik dengan Penulen Air Tanpa Tangki LG PuriCare™?

Walaupun di pasaran terdapat pelbagai jenama yang menawarkan penulen air, tapi kali ni kami nak share kenapa jenama LG PuriCare™ ni berbeza.

1. Tanpa tangki

Teknologi ‘tanpa tangki’ ini dilengkapi dengan Sistem Penapisan 3 Peringkat yang bertindak menyaring dan menyingkirkan mikroorganisma serta 7 jenis logam berat seperti merkuri, plumbum, arsenik, kadmium, besi, tembaga dan aluminium yang terkandung di dalam air tanpa memerlukan tangki, di mana mikroorganisma berbahaya mungkin terbentuk, bagi memastikan kebersihan kepada pengguna.

Penulen Air Tanpa Tangki LG PuriCare™ menggabungkan Inverter Compressor dan Induction Heating (IH) System, yang membolehkan pengguna menikmati air panas, sejuk atau pada suhu bilik sambil menjimatkan tenaga dengan menyingkirkan keperluan untuk membuang air. 

Selain itu, dengan kepakaran teknologi dan rekaannya, Penulen Air Tanpa Tangki LG PuriCare™ hanya selebar 17cm, ia cukup ramping untuk diletakkan atau digayakan di setiap sudut rumah,pejabat, restoran dan sebagainya. 

2. Tap & Nozzle Berputar 180°

Takde lagi masalah ruang lepas ni, dengan Penulen Air Tanpa Tangki LG PuriCare™ korang bebas mengoptimumkan penggunaan ruang sebabnya produk ini boleh dipasang secara menegak atau mendatar mengikut ruang dan korang boleh mengakses water purifier secara 180°

3. Penjagaan Perkhidmatan Keseluruhan 1.2.3

Tidak hanya memudahkan Penulen Air Tanpa Tangki LG PuriCare™ turut disokong dengan Penjagaan Perkhidmatan Keseluruhan 1.2.3 (Total Service Care 1.2.3), iaitu perkhidmatan komprehensif oleh ahli profesional LG yang berkelayakan. 

3 bahagian terdiri daripada:

  • Satu (1) tahun penjagaan penggantian paip dalaman untuk menjamin kebersihan produk. (Kebanyakan jenama penapis air tiada servis ini!) 
  • Dua (2) lapisan pensterilan UV – mensterilkan muncung selama lima (5) minit, sama ada diaktifkan secara automatik atau secara manual pada bila-bila masa
  • Tiga (3) lawatan perkhidmatan percuma setiap tiga bulan untuk pembersihan produk atau menukar penapis mengikut jadual.

Untuk melihat Penulen Air Tanpa Tangki LG PuriCare™ lain yang ditawarkan, korang boleh klik di SINI.

Penulen Udara 360° LG PuriCare™ bekal udara segar untuk kediaman

Kalau tadi tentang penulen air tanpa tangki, ni pula tentang penulen udara, barulah saling melengkapi. Kalau korang nak tahu, penulen udara LG PuriCare™ ni mempunyai ciri khas penyerapan dan membebaskan udara segar secara 360° di mana ia diletakkan sama ada di rumah, pejabat atau ruang kerja korang, sesuai dengan namanya Penulen Udara 360° LG PuriCare™. 

Selain tu, ia mempunyai Clean Booster dengan peredaran pintar yang membuat putaran 70° ke atas dan berputar untuk memberikan udara bersih hingga 7.5 meter.

Dengan Sistem Penapisan 6 Langkah termasuk penapis HEPA dan penapis karbon aktif, Penulen Udara 360° LG PuriCare™ dapat menghalang penyebaran bahan berbahaya dari sekecil-kecil habuk termasuk alergen, bau persekitaran, asap dan bahan kimia di udara. 

Langkah 1: Menghapuskan habuk dan zarah yang besar

Langkah 2: Membuang debu/habuk halus

Langkah 3: Menyingkirkan alahan

Langkah 4: Menghilangkan bau persekitaran termasuk amonia (NH3)

Langkah 5: Menyingkirkan sindrom gas di rumah baru (VOC)

Langkah 6: Menyingkirkan komponen utama asap (SO2, NO2)

Kawal penggunaan dengan aplikasi LG ThinQ™

Tapi ada satu benda paling best dengan penggunaan produk LG ni, setiap produknya ialah produk pintar dan boleh disambungkan terus ke telefon pintar dengan aplikasi khas LG ThinQ™.

Korang hanya perlu memuat turun LG ThinQ™ dan sambungkan kepada peralatan LG yang korang gunakan di rumah. Sebagai contoh, korang boleh memantau penggunaan air dengan menggunakan mod diagnosis untuk mengesan jika terdapat sebarang produk error.

Manakala kalau korang sambungkan ke penulen udara, korang boleh terus mengawal fungsi pembersih udara dari mana sahaja dengan satu tap je. Dengan produk pintar, kehidupan korang pun jadi makin mudah!

Promosi Kaw-Kaw LG PuriCare™, Kini Semua Mampu!

Jadi takkan korang nak lepaskan promosi hebat LG PuriCare™ ni, inilah masanya korang melengkapkan kediaman dengan barangan terbaik daripada LG PuriCare™!

Korang ada pilihan untuk membeli terus atau membuat sewaan, semuanya bergantung kepada bajet korang. Promosi ini untuk waktu yang terhad dan akan berakhir pada 31 Julai 2021.

Untuk info lanjut dan mengetahui produk yang ditawarkan untuk Promosi Kaw-Kaw LG PuriCare™ korang boleh layari www.lg.com/my/.

Penulis editorial sepenuh masa di Oh! Media. Menyampaikan artikel pemasaran dalam bentuk santai dan infomatif.

Lagi dalam kategori Branded

30 Hari Paling Trending

To Top