Connect with us

Oh! Media

#AkuTaklehTolong, Sampai Mesej ‘Deep’ Kepada Masyarakat

AkuTakleh Tolong

Branded

#AkuTaklehTolong, Sampai Mesej ‘Deep’ Kepada Masyarakat

Hari tu Oh! Media adalah scroll Instagram, lepas tu kami tertarik dengan satu hastag ni #AkuTaklehTolong

Mula-mula ingatkan hashtag ni digunakan untuk video prank atau lawak tapi lepas kami baca caption yang ditulis, pergh deep juga mesej yang nak disampaikan.

Sedut bahan kimia dalam paru-paru, siapa boleh tolong?

Asap rokok membebaskan bahan kimia berbahaya yang menjadi punca penyakit seperti kanser paru-paru, strok, tekanan darah tinggi dan penyakit jantung.

Bayangkan berapa banyak bahan kimia yang disedut daripada sebatang rokok? Perokok ni memang tak sayang kesihatan ke macam mana? Berubahlah demi kesihatan diri yang lebih baik!

Bau boleh hilang tapi macam mana pula dengan kesihatan keluarga?

Kalau bau asap rokok kat luar pun menyesakkan, bagaimana pula agaknya bau asap rokok yang terperangkap dalam rumah.

Lepas tu bayangkan kalau anak-anak dan isteri yang menjadi mangsa terhidu bau rokok setiap hari? Kesian mereka jadi mangsa keadaan.

Muka naik bintik hitam sebab peningkatan melanin

Korang perasan tak yang perokok tegar ni, muka mereka banyak bintik hitam yang terjadi disebabkan oleh peningkatan melanin.

Sampai bila nak cover muka pakai face mask? Apa kata daripada terus membahayakan nyawa, cuba ubah ketagihan merokok kepada sesuatu yang kurang memudaratkan.

Malah sekarang ni pun banyak dah nicotine-replacement treatment (NRT) yang dijual di pasaran untuk membantu perokok berhenti merokok. Kalau korang rasa susah sangat nak berhenti merokok, bertukarlah ke alternatif seperti vape atau peranti pemanasan tembakau tanpa pembakaran. 

Alternatif ini adalah lebih baik dan selamat berbanding rokok. Contohnya, menggunakan peranti pemanasan tembakau tanpa pembakaran, ia cuma memanaskan tembakau pada suhu di bawah 350°C tanpa pembakaran, api, abu, atau asap. 

Proses ini menghasilkan wap mengandungi nikotin berperisa, yang membebaskan rasa sebenar tembakau dipanaskan. Tahap bahan kimia berbahaya dikurangkan dengan ketara berbanding asap rokok kerana tidak melibatkan proses pembakaran. 

Kalau korang nak tau, #AkuTaklehTolong ni merupakan kempen kesedaran untuk perokok dewasa untuk beralih kepada gaya hidup yang lebih selamat melalui penerapan idea pengurangan kemudaratan.

Kami sejujurnya kagum, bagaimana hashtag ni membantu menyebarkan mesej positif melalui pengalaman peribadi individu yang membuat hantaran tu.

Memandangkan di Malaysia, masih tiada kajian dan kesedaran tentang penggunaan produk alternatif yang lebih selamat.

Kita sebenarnya boleh mengambil kejayaan negara lain sebagai contoh seperti Jepun. 

Hanya dalam tempoh 5 tahun sejak tembakau yang dipanaskan atau produk tembakau “heat-not-burn” seperti IQOS, GLO dan Ploom X diperkenalkan, ia telah menjadi produk alternatif yang paling cepat berkembang menggantikan rokok bagi pasaran negara matahari terbit itu.

Perkembangan ini menyaksikan pengurangan ketara perokok tegar di Jepun pada kadar 42 peratus. 

Berbanding Malaysia, negara kita masih mencatatkan 20 peratus populasi dewasa yang merupakan perokok tegar sejak sedekad yang lalu.

Malah dengan akses maklumat dan kajian yang terhad, masih ramai tidak tahu tentang produk alternatif ini dan yakin untuk beralih kepada produk yang kurang memudaratkan.

Kalau boleh beralih kepada yang lebih baik, kenapa tak nak?

Kami harap menerusi kempen ni berjaya membuka ‘mata’ banyak pihak untuk melakukan lebih kajian tentang penggunaan produk alternatif sebagai salah satu cara untuk mengurangkan kemudaratan bagi perokok tegar dalam kalangan orang dewasa.

Kalau korang nak turut sama menyebarkan tentang keburukkan merokok ni dan meningkatan kesedaran tentang kebaikan produk alternatif bagi perokok yang tidak mahu berhenti merokok, jangan lupa gunakan #AkuTaklehTolong dan kongsikan pengalaman yang korang hadapi atau tak suka tentang budaya perokok di Malaysia.

Semoga Malaysia dapat bebas asap rokok dan lebih ramai beralih menggunakan produk alternatif yang tidak memudaratkan diri sendiri dan orang sekeliling.

Penulis editorial sepenuh masa di Oh! Media. Menyampaikan artikel pemasaran dalam bentuk santai dan infomatif.

Lagi dalam kategori Branded

30 Hari Paling Trending

To Top