Connect with us

Oh! Media

Ada Kenderaan Sendiri? Ini Cara Buat Side Income Mengikut Masa Korang. Senang Je Nak Join!

Lalamove Oh! Media

Branded

Ada Kenderaan Sendiri? Ini Cara Buat Side Income Mengikut Masa Korang. Senang Je Nak Join!

Ketika pandemik mula melanda negara, perkhidmatan penghantaran makanan dan barangan, Lalamove mendapat sambutan menggalakkan dari pengguna.

Kalau nak tahu, Lalamove beroperasi di Asia dan Amerika Latin, dan mereka mula berkhidmat di Malaysia pada tahun 2018. Sekarang, perkhidmatan penghantaran Lalamove boleh didapati di Lembah Klang, Penang dan Johor dengan harga berpatutan.

Lalamove telah menjadi mata pencarian untuk mereka yang terkesan dengan pandemik. Ketika negara semakin pulih, ramai yang mula bekerja seperti biasa. Tapi sebenarnya, Lalamove masih boleh membantu mereka yang memerlukan pendapatan di mana-mana, tanpa mengira masa.

Menurut rekod, permintaan terhadap penghantaran Lalamove meningkat walaupun pergerakan kita tidak lagi terbatas. Lebih-lebih lagi ketika akhir tahun, pesanan penghantaran akan semakin ligat bersempena dengan jualan murah 11.11, 12.12, Christmas, dan tahun baru. Inilah masa yang terbaik untuk bekerja dengan Lalamove. Rugilah kalau tak rebut peluang ini!

Waktu kerja fleksibel, jana sehingga RM15-RM20/jam

Bagi rakan penghantar sambilan Lalamove yang mempunyai kerja tetap, Muhammad Syafiq bin Mohd, 33, dia mengambil inisiatif bekerja dengan platform itu untuk mengisi masa lapang selepas waktu bekerja. 

‘Lepas kerja, saya akan cuba membuat Lalamove semasa dalam perjalanan pulang ke rumah,’ ujar Syafiq.

Secara purata, dia mengambil masa kurang 1 jam untuk melengkapkan satu pesanan dan dapat menjana sehingga RM20 sejam, bergantung kepada jarak penghantaran. Menghantar dengan Lalamove memudahkannya untuk bekerja sambilan tanpa mengganggu kerja tetap.

Duit poket dari pendapatan sampingan 

Memiliki kenderaan bukan bermakna perlu memikirkan bayaran bulanan semata-mata. Ada lagi perbelanjaan lain seperti petrol, tol, parking, penyelenggaraan serta dana kecemasan. Dengan Lalamove, kos-kos ini dapat ditampung oleh pemilik kenderaan dan mengurangkan beban kewangan.

Seorang lagi rakan penghantar sambilan Lalamove, Muhammad Iman Adha Azman menggunakan pendapatannya dengan platform ini untuk membiayai kos pemilikan keretanya dan pelbagai kos sara hidup.

Iman memilih untuk bekerja dengan Lalamove kerana ianya sangat mudah untuk menjana side income. Tambahan lagi, bayaran yang diterima dari Lalamove adalah setimpal dengan usaha-usahanya untuk menghubungkan penghantar dan penerima. 

Lalamove bantu jana pendapatan tambahan pada waktu sukar

Lalamove adalah platform menjana pendapatan terbaik untuk mereka yang terkesan akibat Covid-19. Bagi rakan penghantar Rosli Hashim, 50, dan Voon Huei May, 45, mereka beralih ke platform ini selepas kehilangan kerja tetap. 

Syarat nak join Lalamove pun mudah saja. Sesiapa yang memiliki kenderaan sendiri dan mempunyai lesen memandu yang sah boleh mendaftar untuk menjadi rakan penghantar melalui Lalamove Driver app. Menurut Rosli yang terkena tempias dengan kehilangan kerja semasa pandemik, pendapatan Lalamove banyak membantunya meringankan kos sara hidupnya. 

“Saya suka dengan masa kerja fleksibel Lalamove. Kalau ada yang masih menganggur sebab Covid ni, saya cadangkan untuk join Lalamove. Income dari Lalamove banyak membantu saya dengan komitmen kewangan macam bil, sewa rumah dan sebagainya,” kata Rosli.

Bagi Huei May pula, Lalamove menjadi pilihan kerana keyakinannya terhadap jenama ini dan reputasi dalam kalangan pengguna.

“Saya memandu 8 jam sehari dengan Lalamove. Saya pilih Lalamove sebab perkhidmatan ini semakin mendapat tempat di kalangan orang rami. Pendapatan dari Lalamove banyak membantu saya masa pandemik dan saya dapat berinteraksi dengan pelanggan dari semua lapisan masyarakat,” ceritanya.

Muat turun aplikasi Lalamove & jana pendapatan anda

Seorang lagi rakan penghantar Lalamove, Kong Hong Feng, 27 menyarankan platform ini untuk mereka yang mencari pendapatan sampingan atau pun sebagai sumber pendapatan utama.

“Saya belum lagi bermula membuat Lalamove, tetapi saya akan simpan je app ini . Bila-bila perlu wang lebih, boleh menggunakannya segara untuk pendapatan tambahan. Senang untuk saya,” ujar Hong Feng.

Dengan kata lain, Lalamove menawarkan waktu kerja fleksibel untuk rakan-rakan penghantarnya. Terpulanglah pada tuan punya badan, nak kerja Lalamove part time boleh, nak kerja full time pun boleh! 

Kalau korang nak tahu, Lalamove juga telah melancarkan program sticker yang menawarkan pendapatan bulanan pasif untuk rakan-rakan penghantar Lalamove yang memandu dengan kereta, 4 x 4, van dan lori. 

Sama ada korang ada buat penghantaran atau tidak dalam sebulan, korang tetap akan dapat insentif sebab korang pamerkan sticker Lalamove kat kenderaan! Platform penghantar Lalamove ini ternyata sesuai untuk semua lapisan masyarakat. Ianya mudah, praktikal dan fleksibel untuk semua orang!Nak buat pendapatan dengan Lalamove? Dapatkan maklumat lebih lanjut dengan mengunjungi dan mendaftar di laman web mereka atau terus download aplikasi Lalamove Driver sekarang!

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media.

Lagi dalam kategori Branded

Ke Atas