Connect with us

Oh! Media

7 Pusat Membeli-Belah Dalam Satu Platform? Shopping Gaya Baru Dengan Sunway eMall & Nikmati Hadiah Sehingga RM1 Juta!

Sunway eMall

Branded

7 Pusat Membeli-Belah Dalam Satu Platform? Shopping Gaya Baru Dengan Sunway eMall & Nikmati Hadiah Sehingga RM1 Juta!

“Nak shopping kat Sunwaylah bulan ni!”

Situasi semasa telah membuka lembaran baru dalam industri membeli-belah atas talian negara. Jika dahulu pusat membeli-belah sentiasa menjadi tumpuan pada hujung minggu.Kini lebih ramai selesa membeli secara online. Ia bukan sahaja memudahkan, malah promosi yang ditawarkan juga berbeza dan lebih menguntungkan.

Melihat kepada corak baharu pembelian masyarakat, Sunway mengambil peluang menceburi dunia perniagaan atas talian menerusi pelancaran Sunway eMall. 

Platform membeli-belah atas talian pertama di Malaysia yang menggabungkan 7 pusat membeli-belah terkemuka terdiri daripada Sunway Pyramid, Sunway Putra, Sunway Velocity, Sunway Carnival, Sunway Giza, Sunway Big Box dan Sunway Citrine Hub.

Sunway eMall, kawan shopping baru anda!

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

A post shared by Larissa Ping (@larissaping)

Kalau korang nak tau apa yang best tentang Sunway eMall ni mestilah sebab dia ada FREE delivery, malah korang boleh bershopping sakan 24/7, sebab mall ni tak tutup!

Bukan itu saja, terdapat lebih 200 brand terkemuka yang ditawarkan di Sunway eMall, so korang pun tak perlulah nak pening kalau barang yang korang nak tu takde saiz atau stok. Kat sini korang ada banyak pilihan!

Sama je macam korang pergi mall, Sunway eMall menawarkan koleksi yang tersedia di pusat membeli-belah Sunway.

Cakap je korang nak apa, produk kecantikan, gajet, barangan sukan atau fesyen terkini? Semua ada kat Sunway eMall. 

Lebih istimewa sempena tawaran pembukaan Sunway eMall, korang boleh menikmati diskaun istimewa sehingga 70%. 

Tapi nak tau apa yang lagi best? Korang boleh shopping sepuas hati daripada pelbagai jenama dan letakkannya di bawah satu pesanan saja. Lebih mudah dan menjimatkan!

Bagi memberikan lebih kepuasan, Sunway eMall ingin pembeli menikmati pengalaman berbelanja atas talian sama seperti di mall fizikal dengan menawarkan sehingga 5x Sunway Pals Points Cash Back.

Bukan itu saja, makin banyak korang berbelanja, makin banyak ganjaran yang korang boleh nikmati. Antaranya dengan setiap perbelanjaan bernilai RM100 korang layak mendapat potongan RM5 untuk pembelian seterusnya. 

Ganjaran dan tawaran yang diberikan bernilai sehingga RM 1 Juta. Rugi kalau korang tak grab!

Layari Sunway eMall & add to cart sekarang!

Rasanya hari gaji baru je lepas, sempat lagi ni nak layari je Sunway eMall untuk cuci-cuci mata. Kalau berkenan bolehlah terus add to cart!

Jadi tunggu apa lagi? Jom shopping gaya baru sepuas hati di https://www.sunwayemall.com/ hari ni.

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media.

Lagi dalam kategori Branded

Ke Atas