Connect with us

Oh! Media

5 Sebab Mengapa Perbankan Islam Semakin Menjadi Pilihan Ramai

perbankan islam

Branded

5 Sebab Mengapa Perbankan Islam Semakin Menjadi Pilihan Ramai

“Firman Allah SWT yang bermaksud “Wahai manusia, makanlah dari apa-apa yang ada di bumi ini barang yang halal lagi baik dan janganlah kamu ikuti langkah-langkah syaitan.” (Surah Al-Baqarah, ayat 168) 

Dalam Islam, setiap manusia secara umumnya dituntut untuk menjaga punca rezeki dan memastikan harta yang diperoleh suci dan bukan dari sumber haram atau syubhah. 

Sebagai contoh, seorang Muslim yang memastikan makanan yang dimakan datang daripada sumber yang halal akan dapat menjauhkan diri dari kemungkaran dan kemaksiatan disamping membantu meningkatkan keimanan dan ketakwaan dirinya terhadap Allah Taala.

Sebaliknya, jika seseorang itu memakan makanan daripada sumber yang haram, lambat-laun dikhuatiri dirinya akan terjebak dengan keburukan akhlak dan amalan serta imannya akan menjadi semakin lemah lalu mengakibatkan dirinya jauh daripada agama. 

Oleh itu ,sebagai seorang manusia dan umat Islam khususnya, kita hendaklah berusaha untuk memelihara kesucian punca harta. Antara cara yang paling mudah adalah dengan memilih konsep perbankan Islam yang berlandaskan prinsip Syariah.

Hong Leong Islamic Bank

Alhamdulillah, banyak institusi kewangan di Malaysia kini telah mula memperkenalkan ciri perbankan Islam dalam penawaran produk mereka termasuklah Hong Leong Islamic Bank (HLISB) yang merupakan salah satu institusi perbankan Islam yang beroperasi pada hari ini.

Jom ambil tahu mengapa perbankan Islam mula menjadi pilihan, malah turut diyakini pengguna berlainan bangsa dan agama.

1. Keuntungan Pembiayaan

Perbezaan paling ketara antara perbankan Islam dan perbankan konvensional ialah wujudnya kadar faedah. 

Pembiayaan perbankan Islam dilaksanakan mengikut kadar tetap dan juga kadar berubah yang ditetapkan semasa permulaan pembiayaan berdasarkan pada kadar siling yang ditentukan pada permulaan pembiayaan. 

Ini bertujuan mengelakkan wujudnya unsur pinjaman wang berserta faedah (riba) dan menghindarkan harta benda digunakan untuk tujuan yang tidak sah, tidak bermoral, atau tidak patuh Syariah.

Berbeza dengan perbankan konvensional, kadar berubahnya boleh meningkat berdasarkan perubahan pada kadar rujukan tanpa ada sebarang harga siling.

2. Memelihara Kesucian

Berbeza dengan perbankan konvensional,  perbankan Islam amat menitikberatkan status kesucian wang yang dilaburkan. Dalam perbankan Islam, wang yang dilaburkan perlu mematuhi prinsip Syariah dan tidak akan disalurkan kepada sebarang aktiviti yang tidak selaras dengan Syariah seperti aktiviti perjudian. 

3. Perkongsian Risiko

Agama Islam menekankan prinsip keadilan. Melalui perkongsian risiko antara pelanggan dan bank, setiap pihak dituntut untuk berlaku adil dan saksama supaya tiada kezaliman dalam sebarang transaksi dan pelaburan kewangan.

4. Tawar Produk Patuh Syariah

Perbankan Islam lindungi kesucian harta

Selain menerapkan asas Syariah dalam aktiviti kewangan, perbankan Islam turut mewujudkan produk yang telus. Sebagai contoh, Hong Leong Islamic Bank   menawarkan pelbagai produk perbankan Islam yang memenuhi keperluan segenap lapisan masyarakat seperti:

  • Akaun Pelaburan Berjangka-i: Pelaburan mudah untuk pulangan berpotensi tinggi dalam tempoh 3, 6, atau 12 bulan. Sesuai bagi mereka yang baru mula mendaki tangga kerjaya.

Produk Akaun Pelaburan Berjangka-i terbuka kepada individu berumur 18 tahun ke atas tanpa mengira latar belakang agama dengan pelaburan serendah RM500.

  • Pembiayaan ASB-i: Bagi mereka yang baru mendirikan rumah tangga, anda boleh memulakan asas simpanan yang kukuh melalui pembiayaan bagi tujuan pelaburan ASB-i.

Anda boleh memilih tempoh pembiayaan jangka masa panjang sehingga 35 tahun dengan pembiayaan margin yang tinggi sehingga 105% dan dana pembiayaan sehingga RM200,000. Terdapat risiko yang berkaitan dengan pembiayaan. Anda perlu baca dan fahami pendedahan risiko pembiayaan sebelum melabur melalui Pembiayaan ASB-i.

Unit Amanah ASNB: Jika anda ingin membuat pelaburan, Unit Amanah ASNB adalah salah satu pilihan yang baik. Pelbagai dana amanah tersedia dengan matlamat pelaburan, bagi membina masa depan yang stabil. 

Majlis fatwa kebangsaan dan majlis fatwa negeri-negeri menyatakan bahawa dana-dana unit amanah yang diuruskan oleh PNB dan dividen/bonusnya adalah HARUS, berdasarkan prinsip-prinsip Maqasid al-Shariah. Ijtihad telah digunakan oleh majlis fatwa untuk menentukan hukum Syara’ ini.

Anda boleh melabur dengan mudah, bila-bila masa, di mana-mana sahaja melalui Perbankan Dalam Talian HLB Connect

Selain itu, pengagihan pendapatan juga dikecualikan cukai dan pengurus pelaburan ini merupakan badan yang boleh dipercayai dan berlesen di bawah Suruhanjaya Sekuriti Malaysia. Malah melalui pelaburan dengan Unit Amanah, ia berpotensi menjadi pertumbuhan modal dan pendapatan di masa hadapan.

5. Penyucian Harta

Zakat mensucikan harta

Membayar zakat merupakan salah satu daripada Rukun Islam. Menunaikan zakat merupakan salah satu kewajipan yang perlu ditunaikan oleh seluruh umat Islam yang telah memenuhi syarat-syarat yang ditetapkan.

Orang Islam dituntut untuk membayar zakat bagi menyucikan harta mereka. Setiap rezeki dan harta  yang dikurniakan Allah taala perlulah dibersihkan melalui amalan bersedekah dan membayar zakat. 

Dengan HLISB, anda boleh melaksanakan kewajiban membayar zakat dengan mudah melalui perbankan dalam talian atau aplikasi Hong Leong Bank iaitu HLB ‘Connect Online’ dan ‘Mobile Banking’. Perbankan Dalam Talian HLB ‘Connect Online’ dan Aplikasi ‘Mobile Banking’ tersedia untuk membantu anda melakukan sebarang transaksi perbankan pada bila-bila masa dan di mana sahaja.

Menuju gaya hidup patuh Syariah bersama Hong Leong Islamic Bank

Keluarga lebih bahagia dengan rezeki yang berkat

Selain produk di atas, HLISB turut menawarkan pelbagai lagi produk perbankan yang boleh disesuaikan mengikut gaya hidup dan status kewangan anda dalam mengurus serta mencari keberkatan dalam harta anda. 

Anda juga mempunyai pilihan melakukan pembiayaan yang sesuai pada setiap tahap kehidupan. Ini dapat memberikan anda persediaan menghadapi sebarang cabaran dalam kehidupan dengan membina asas kewangan yang kukuh.

Untuk maklumat lanjut mengenai perbankan patuh Syariah yang ditawarkan oleh HLISB, anda boleh melayari https://www.hlisb.com.my/ms/personal-i/home.html

Penafian:

“Prospektus Induk ASNB bertarikh 1 Februari 2020, Prospektus ASN Imbang (Mixed Asset Balanced) 3 Global bertarikh 16 September 2020 dan Prospektus ASN Equity Global bertarikh 1 September 2021 (“Prospektus”), telah didaftarkan dengan Suruhanjaya Sekuriti Malaysia. Sila baca dan fahami kandungan Prospektus tersebut bersama Halaman Serlahan Produk yang terdapat di laman sesawang (www.asnb.com.my) cawangan dan ejen ASNB. Unit akan diterbitkan setelah penerimaan borang pendaftaran yang merujuk dan mengiringi Prospektus tersebut. Sebelum melabur, sila pertimbangkan risiko pelaburan serta yuran dan caj yang dikenakan. Harga unit dan pengagihan pendapatan, jika ada, mungkin turun dan/atau naik. Prestasi tabung masa lalu bukan jaminan prestasi masa hadapan.”

“Iklan ini belum disemak oleh Sekuriti Malaysia”

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media.

Lagi dalam kategori Branded

Ke Atas