Connect with us

Oh! Media

24 Bendasing Di Udara Boleh Jejaskan Kesihatan, Ini Cara Atasinya

Branded

24 Bendasing Di Udara Boleh Jejaskan Kesihatan, Ini Cara Atasinya

Ketika ini ramai yang memilih untuk lebih banyak menghabiskan masa di dalam rumah demi menjaga kesihatan diri dan keluarga. Tapi tahukah korang, di dalam rumah juga ada bendasing yang boleh menjejaskan kesihatan jika tidak ditangani dengan betul.

Senarai 24 bendasing berbahaya dalam rumah!

-Debu rumah

-Debunga

-Pasir atau tanah halus (yellow dust)

-Gas ekzos dalam bandar

-Nitrogen oksida

-Sebatian organik meruap (VOC)

-Lapisan kulit anjing

-Lapisan kulit kucing

-Lapisan kulit hamster

-Ammonia

-Bau sampah

-Bau masakan

-PM 2.5

-Bahan cemaran dalam rumah

-Ekzos diesel

-Kulat

-Najis lipas

-Hama

-Bulu peliharaan

-Tepung gandum

-Bau badan

-Bau rokok

-Bau peliharaan

-Bau kulat

Cara elak jejaskan kesihatan

Untuk mengelakkan bendasing ini dari menjejaskan kesihatan diri dan keluarga, penggunaan penulen udara adalah amat penting. Pengeluar penulen udara Daikin memperkenalkan model Daikin MC55 yang boleh menangani masalah ini dan menyelesaikan kerisauan korang tentang bendasing di dalam rumah.

Selain ciri penapisan Electrostatic HEPA filter dan deodorising filter, MC55 ini juga dilengkapi dengan Double Method Technology.

Apa itu Double Method Technology?

Double Method Technology ini adalah proses penulenan eksklusif Daikin yang menggabungkan teknologi penulenan streamer Jepun dengan teknologi ion plasma aktif. Streamer adalah sejenis teknologi buangan plasma yang menjana elektron untuk terurai dengan pantas dan menyingkirkan sehingga 99.9% virus, bakteria dan alergen.

Cara Double Technology berfungsi

Proses ini melibatkan teknologi streamer yang menguraikan virus dan bakteria di dalam unit manakala ion plasma aktif akan dibebaskan daripada unit untuk menulenkan udara. Ini menjadikan udara lebih cepat ditulenkan kerana pembersihan dilakukan di luar dan dalam unit. Hasilnya, udara lebih bersih untuk dihirup pengguna macam korang!

Manfaat 2 penapis

Penulen udara Daikin MC55 ini dilengkapi 2 penapis iaitu Electrostatic HEPA filter untuk membasmi sehingga 99.97% partikel halus dan penapis nyahbau bagi menghilangkan bau.

3 pengesan sensor

Penulen udara ini mempunyai 3 pengesan sensor untuk cekap menjalankan fungsinya iaitu:

-Sensor debu

Lampu akan berada antara warna hijau, jingga dan merah untuk menunjukkan tahap debu di udara. Hijau menandakan paling rendah, manakala merah paling tinggi.

-Sensor bau

Lampu akan berada antara warna hijau, jingga dan merah untuk menunjukkan tahap bau. Hijau paling rendah, merah pula mewakili paling tinggi.

– Penunjuk PM2.5 (Partikel halus di udara yang berbahaya. Biasanya berpunca dari asap kenderaan & kilang)

Sama dengan kedua-dua sensor di atas, hanya dengan tambahan 2 lagi lampu iaitu ungu dan coklat. Hijau bermakna paling rendah, coklat bermaksud PM2.5 paling tinggi.

Sedutan 3 arah

Bukan hanya 3 pengesan sensor, penulen udara Daikin MC55 ini juga mempunyai sedutan berkuasa 3 arah. Ciri ini terletak pada bahagian depan bawah dan sisi. Ini menjadikan lebih banyak udara dapat ditapis dan ditulenkan.

Siapa sangka udara yang dirasakan cukup bersih dalam rumah sebenarnya ada bahan asing yang berbahaya yang kita tidak tahu sebelum ini kan? Untuk kesihatan diri dan keluarga, tidak salah melabur bagi menulenkan udara persekitaran korang. Dapatkan info lanjut bagi urusan pembelian di laman web Daikin sekarang.

Comments

Lagi dalam kategori Branded

Ke Atas