Branded
200MP Sampai Tourism Malaysia Pun Terpikat, HONOR Magic8 Pro Jadi Telefon Rasmi Tahun Melawat Malaysia 2026!
See Malaysia clearer with Magic8 Pro.
HONOR terus membuktikan kehebatan dalam dunia teknologi apabila peranti flagship terbaharunya, HONOR Magic8 Pro, telah dipilih secara rasmi sebagai Selected Photography Equipment untuk kempen Visit Malaysia 2026.
Pengiktirafan ini bukan sesuatu yang mengejutkan, memandangkan Magic8 Pro hadir dengan sistem kamera berkuasa dan teknologi AI terkini yang benar-benar menetapkan standard baharu dalam fotografi mudah alih.
200MP Ultra Night Telephoto Lens. Revolusi Fotografi Malam!

Antara tarikan utama Magic8 Pro ialah lensa 200MP Ultra Night Telephoto, yang menawarkan tahap kestabilan tertinggi dalam industri serta kejelasan luar biasa walaupun dalam keadaan pencahayaan mencabar. Sama ada merakam suasana malam atau subjek yang bergerak pantas, Magic8 Pro direka untuk menangkap setiap butiran dengan ketepatan yang menakjubkan.
Peranti ini juga mengekalkan ketajaman dan ketepatan warna yang konsisten ketika pengguna bertukar antara persekitaran, menjadikannya teman terbaik untuk jurugambar profesional mahupun peminat fotografi kasual.
HONOR Berganding Bahu Dengan Tourism Malaysia
Sebagai langkah memperkukuh peranan dalam dunia kreatif tempatan, HONOR telah mengumumkan kerjasama rasmi dengan Tourism Malaysia bagi kempen Visit Malaysia 2026.
Melalui kolaborasi ini, Magic8 Pro akan digunakan sebagai peranti rasmi untuk merakam keindahan negara menerusi foto yang diambil oleh jurugambar profesional dan peminat fotografi di seluruh Malaysia.
Kerjasama ini juga menandakan komitmen HONOR dalam memperkasakan kreativiti dan meraikan kepelbagaian budaya Malaysia melalui visual yang autentik serta berkualiti tinggi.
Gambar Sampel Menunjukkan Keindahan Malaysia


Susulan pengumuman tersebut, HONOR turut mendedahkan set pertama gambar sampel yang diambil menggunakan Magic8 Pro.
Imej-imej ini mempamerkan keindahan landskap Malaysia yang penuh warna, mercu tanda ikonik serta warisan budaya yang kaya. Setiap tangkapan menunjukkan bagaimana Magic8 Pro mengendalikan perincian, tekstur, dan pencahayaan malam dengan hasil yang luar biasa tepat.
AI Imaging + Zoom 1X Hingga 100X Yang Licin


Bukan sekadar kuasa kamera, lensa 200MP Ultra Night Telephoto turut digabungkan dengan sistem kolaborasi awan berasaskan AI serta tiga enjin utama Ultra Night Telephoto Engine, Stabilization Engine, dan Portrait Engine.
Gabungan ini membolehkan Magic8 Pro menawarkan seamless zoom dari 1X hingga 100X tanpa kehilangan kejelasan imej. Hasilnya, pengguna boleh bertukar antara potret jarak dekat dan subjek jauh dengan mudah dan lancar.
50 Jurugambar Sertai Projek Khas HONOR X Tourism Malaysia

Bagi meraikan kerjasama ini, HONOR melancarkan inisiatif eksklusif yang menjemput 50 jurugambar seluruh Malaysia menyertai projek khas.
Peserta akan merakam perspektif unik tentang landskap, tradisi dan kehidupan harian di Malaysia menggunakan Magic8 Pro. Hasil terpilih akan dipamerkan di platform media sosial rasmi HONOR dan Tourism Malaysia, memberi peluang kepada bakat tempatan untuk diketengahkan di peringkat nasional.
Untuk maklumat lanjut mengenai HONOR Magic8 Pro, layari laman rasmi HONOR Malaysia di www.honor.com/my.
Ingat Oppa Sweet Macam Dalam K-Drama? Aisyah Bongkar Realiti Sebenar Di Korea! | Oh! Podcast Ep 18
OH! MEDIA 29/10/2025 3:17 PM