Connect with us

Oh! Media

Ramai Terkejut Lihat Orang Berkhemah Atas Gunung Machincang South Platform SkyCab Langkawi. Boleh Ke?

Ohmedia langkawi

Oh! Lifestyle

Ramai Terkejut Lihat Orang Berkhemah Atas Gunung Machincang South Platform SkyCab Langkawi. Boleh Ke?

Sudah beberapa kali kami ke Langkawi tidak terfikir pula nak berkhemah dekat atas tu. Sebab apa tak terfikir? Sebab tak sangka pula boleh berkhemah atas Gunung Machincang ni. Korang tahu tak?

Sebenarnya boleh gais! Itulah apa yang dikongsikan seorang wanita yang bercuti di Langkawi dan berkhemah di South Platform, Gunung Machincang.

Berdasarkan perkongsian wanita yang dikenali sebagai Mazuin Noordin, pengunjung bukan sahaja boleh menikmati keindahan Gunung Machincang dan pulau-pulau sekitarnya dengan menaiki kereta kabel tetapi turut boleh memilih satu pakej lain iaitu ‘One Night at 708m Machincang Mountain’. Dalam pakej ini, pengunjung akan bermalam di satu antara dua platform yang terletak di puncak gunung.

IKLAN
Copy of ohmedia

Mazuin turut berkongsi cara untuk menyertai perkhemahan ini dengan hanya RM150 seorang dan ini apa yang korang akan dapat:

  • Perjalanan kereta kabel pergi dan balik (tidak perlu tunggu beratur)
  • Skyglide pergi dan balik.
  • Makan malam dan sarapan pagi.
  • Khemah disediakan.
  • Night walk ke sky bridge.

Night walk tu paling best sebab dapatlah kita tengok pemandangan Pulau Langkawi dari tempat tinggi waktu malam. Bagaimanapun, Mazuin turut memaklumkan jika ingin berkhemah di sini, kita perlu cukupkan jumlah 20 orang. Jadi, tak boleh pergi berdua dengan bini, bawalah keluarga atau kawan-kawan sekali. Barulah syiok!

Kredit: Facebook

+ Baca respon pembaca yang di Facebook dan Telegram Oh! Media.

🚀 Baca Yang Paling Best Je.

Setiap jam 8 malam, kami pilih yang paling best dan hantarkan terus.
Percuma. Tak spam. Just the good stuff.

Kongsikan artikel ini:

author avatar
M. Hafizal
Hafizal adalah penulis sepenuh masa di Oh! Media yang sentiasa hadir menemani anda, terutama di saat-saat lewat malam. Untuk mendapatkan berita terkini dan cerita viral, jangan lupa cari nama Hafizal—sentiasa ada untuk menghibur dan menginformasikan anda!

Lagi dalam kategori Oh! Lifestyle

Ke Atas