Connect with us

Oh! Media

Selepas Siakap Dan Sotong, Kini Harga Hidangan Sayur Kailan Pula Tular

Trending

Selepas Siakap Dan Sotong, Kini Harga Hidangan Sayur Kailan Pula Tular

Sejak akhir-akhir ini, peredaran berita mengenai harga hidangan yang dilihat mahal serta tidak masuk akal semakin tular selepas seorang demi seorang membuat pendedahan.

ADVERTISEMENT

BACA: Setaraf Siakap, Lelaki Kesal Harga Sotong Di Restoran Nasi Kandar Cecah RM100

Sebelum ini, tular mengenai sebuah restoran yang mencetuskan kontroversi selepas berlaku perdebatan mengenai harga ikan siakap yang mencecah ribuan ringgit.

Selepas perkara tersebut kian reda, timbul pula isu melibatkan harga sotong goreng di sebuah restoran nasi kandar yang mencecah RM100 bagi dua ekor sehingga mencetuskan persoalan ramai.

Ditambah pula mengenai isu kenaikan harga sayur-sayuran dan bahan-bahan mentah yang lain, sudah semestinya akan menjadi satu masalah kepada masyarakat lebih-lebih lagi kepada golongan yang berpendapatan rendah.

Pelanggan terkedu harga hidangan sayur kailan ikan masin setinggi RM18?

Terbaharu, masyarakat sekali lagi dihebohkan dengan harga ‘hidangan kayangan’ selepas seorang pelanggan sebuah restoran mendedahkan harga tidak masuk akal bagi sebungkus masakan kailan ikan masin.

Menerusi sebuah hantaran daripada seorang pengguna laman Facebook, dia terkedu selepas terpaksa membayar hidangan tersebut bagi seorang makan yang berharga RM18.

Berdasarkan perkongsian itu, dia turut memuat naik gambar resit keseluruhan yang dibeli dari restoran yang didakwa terletak di Kepala Batas, Seberang Perai.

Kita sedia maklum barang mentah naik harga la (sekarang) ni. Harga (ikan) jenahak, sayur campur, ulam dan sambal, takpalah kita terima dengan reda. 

Tapi kailan ikan masin yang sikit boleh makan untuk sorang saja berharga RM18 memang sukar untuk diterima. Nak buat macamana. Reda.

Berdasarkan resit, pelanggan tersebut turut membeli lauk lain seperti ikan jenahak berharga RM90, sayur campur (RM9) serta ulam dan sambal (RM5) menjadikan harga keseluruhan mencecah RM122.

Walaupun perkongsian itu mendakwa lokasi restoran tersebut di Kepala Batas, namun nama premis berkenaan tidak didedahkannya.

Kredit: Kosmo! I Utusan Harian

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media

Comments

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas