Connect with us

Oh! Media

Ini Penjelasan Kenapa Majoriti Kapal Terbang Berwarna Putih

437f259c 5daa 42b5 8cff 6330cd5a18e8

Oh! Lifestyle

Ini Penjelasan Kenapa Majoriti Kapal Terbang Berwarna Putih

Sama ada korang perasan ataupun tidak, setiap kapal terbang majoritinya berwarna putih dan apa yang membezakan mereka hanyalah corak, bendera dan sebagainya. Agak-agak kenapa? Meh sini Ohmedia nak share 4 penjelasan oleh saintifik disebaliknya..

Kurang serap haba

39a52fea 813c 4f6a be7c 7f2b3ad80274

Warna putih adalah warna yang kurang menyerap haba berbanding warna lain dan merupakan warna pemantulan cahaya yang paling terbaik.

Bukan tu jer,  ketika berada dalam cuaca yang panas terik, warna putih ini juga akan membantu kapal terbang untuk menyejukkan enjin dengan lebih cepat.

IKLAN

Mudah kenalpasti

C4580431 6b8f 4b37 a8ae 4fe98ecefeb5

Warna putih sangatlah membantu pemeriksa bagi tujuan keselamatan kerana kapal terbang akan sentiasa diperiksa secara berkala untuk mengesan sekiranya ada berlaku keretakkan atau keremukkan pada badannya. Selain itu, warna putih juga lebih efektif untuk mengenalpasti kebocoran minyak atau karat pada kapal terbang kerana ianya akan meninggalkan kesan.

Senang jejaki

Db784c1e c9a6 459b b86b fe610b65bbf5

Warna putih dapat dilihat dengan jelas sekiranya berlaku kemalangan di tengah laut dan landasan pada waktu malam atau keadaan yang gelap.  

Ianya juga dapat mengelak daripada bertembung dengan burung-burung yang berterbangan disebabkan penglihatan haiwan tersebut mampu mengesan warna putih secara kromatik apabila berada dalam cuaca yang panas ataupun mendung.

Kos bertambah

147ec49a d972 491b 9a7b e13aef80992e

Kos akan lebih tinggi dan mengambil masa yang agak lama sekiranya kapal terbang dicat dengan warna lain. Bukan tu jer, beratnya juga akan bertambah apabila adanya lapisan-lapisan cat baru sekaligus menyebabkan kos operasi lebih meningkat. 

Haa, dah terjawab kan? Mesti ramai yang rindu nak pergi bercuti kan? Sabar! Semoga wabak yang melanda ini akan berakhir secepat mungkin untuk kita menjalani kehidupan seperti biasa.

Kredit: Iluminasi

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media.

🚀 Baca Yang Paling Best Je.

Setiap jam 8 malam, kami pilih yang paling best dan hantarkan terus.
Percuma. Tak spam. Just the good stuff.

Kongsikan artikel ini:

author avatar
Megat Azri
Megat merupakan penulis sepenuh masa di Oh! Media yang pakar dalam mengupas pelbagai topik terkini dan viral. Dengan gaya penulisan yang segar dan relevan, Megat memastikan pembaca sentiasa mendapat informasi yang menarik dan tepat pada masanya.

Lagi dalam kategori Oh! Lifestyle

Ke Atas