Trending
“Baring Atas Katil Macam Sotong, Lapar Perhatian” – TareqFit ‘Sound’ Video TikTok Que Haidar
TareqFit tegur video Que Haidar beraksi atas katil, anggap memalukan agama dan bangsa.
Jurulatih kecergasan dan personaliti media sosial, TareqFit mencuri perhatian apabila menegur pelakon popular, Que Haidar yang dikatakan mencari perhatian di media sosial.
Dalam hantaran Threads itu, Tareq memuat naik screenshot yang diambil daripada TikTok Que Haidar menunjukkan pelakon itu merakam beberapa trend lagu dengan pelbagai gaya.
Trend Que Haidar memalukan agama dan bangsa?

Tareq mempersoalkan ‘content’ yang dibuat Que Haidar yang disifatkan hanya memancing golongan wanita yang sudah berkahwin untuk meninggalkan komen tidak senonoh.
Menurutnya, perbuatan sebegitu bukan sahaja memalukan diri sendiri, malah mencemarkan imej agama dan bangsa.
Content kau apa ? Baring atas katil macam sotong, lapar perhatian, mencari pujian dari perempuan murah, perempuan yang tak jaga muka suami kerana suami dia dayus. Jika perempuan yang comment, dia ada lelaki jantan yang begang dia elok, perempuan tak akan berani comment. Trend bodoh ni, lelaki sotong je yg buat. Memalukan agama dan bangsa.
Dalam hantaran susulan, Tareq menjelaskan tegurannya bukan bertujuan untuk memalukan sesiapa, tetapi sebagai peringatan terbuka buat mereka yang membuat kandungan tidak sesuai di ruang awam.
“Jadilah Muslim yang berani, bukan penjilat”

Terdahulu, pelakon Que Haidar meraih perhatian selepas memuat naik trend lagu Jamilah yang kini sedang trending di TikTok.
Dalam video itu, Que Haidar dilihat tidak memakai baju dan hanya menutup badan dengan selimut.
Pssttt! Apa-apa pun kita ambil jelah teguran ini sebagai pengajaran buat orang ramai. Setiap individu berhak mengekspresikan diri, namun pada masa sama perlu sedar bahawa pandangan masyarakat juga memainkan peranan dalam menentukan batas yang wajar.
Kredit: Threads @tareqfit91
Reaksi netizen di Facebook, X, dan Instagram.
** Selain dari Whatsapp Channel, dapatkan kemaskini Oh! Media setiap hari terus ke emel melalui langganan percuma di bawah.
Ingat Oppa Sweet Macam Dalam K-Drama? Aisyah Bongkar Realiti Sebenar Di Korea! | Oh! Podcast Ep 18
OH! MEDIA 29/10/2025 3:17 PM