Penjualan Tshirt Rasmi Oh! Media Edisi Ke-4

Kami tak sanggup lagi membiarkan mereka yang menginginkan Tshirt berjenama Oh! Media ini tertunggu-tunggu bilakah masanya tshirt terbaru kami akan dijual kepada umum. Ini adalah kali ke-4 Oh! Media membuka penjualan Tshirt kepada umum. Alhamdulillah, dari 3 pengalaman kami dalam menyediakan khidmat terbaik pada barangan merchandise kami sebelum ini, banyak perkara telah kami belajar dan pelbagai kekurangan telah kami perbaiki. Terima kasih di atas sokngan berterusan dari anda semua selama ini. Tshirt keluaran Oh! Media kali ini adalah satu cubaan kami dalam merealisasikan sebuah produk yang lain dari yang lain. Untuk keluaran terbaru bagi tahun 2012 ini, kami akhirnya berjaya mengeluarkan Tshirt dengan branding kami sendiri.
Apapun kami berharap keluaran Tshirt Oh! Media edisi “CREW” kali ini menyempurnakan kehendak dan permintaan anda semua selama ini yang tertanya-tanya bila kami akan mulakan penjualan tees sekali lagi. Kami telah cuba melakukan yang terbaik dengan menyediakan produk berkualiti, memberikan harga terendah, memberikan free gift terbaik serta memberikan servis semaksima mungkin hanya untuk anda. Sebarang kekurangan dari pihak kami, kami hulurkan seribu kemaafan dan semestinya kami akan terus berusaha untuk menjadi yang terbaik di masa akan datang.
Info lanjut di http://ohmedia.my/tees
Budak Nakal -
wah memang smart x lh di lepaskan