post-featured-hari-raya

Selamat Hari Raya dari Kami di Oh! Media

Hari ini hari terakhir office kami beroperasi sebelum bercuti raya (sehingga jam 2 petang). Jadi segala urusan yang belum menerima feedback dari kami, akan beroperasi semula pada raya ke-4.

Petang ini semua krew kami akan pulang ke kampung. Ada yang di selatan, ada yang di utara dan di pantai timur pun ada. Mana yang tak punya kampung pun, kita angkut la sekali bawa balik kalau dia nak ikut. Kesian, mana best beraya di KL ye tak?

Harap-harap jalan tak la sesak teruk. Kereta banyak tak apa asalkan bergerak lancar dah cukup bagus dah. Paling penting, jangan lupa servis kereta dulu sebelum balik kampung. Kalau guna Smart-Tag, pastikan bateri ada dan baki Touch n Go mencukupi. Jangan sibuk nak undur kereta menyusahkan pengguna yang lain. Pandulah dengan cermat serta patuhi undang-undang jalan raya. Tidak kiralah anda pakai Kancil Turbo sekalipun, bukan kereta anda seorang je yang laju. Ramai lagi yang laju. Jadi jangan nak eksen sangat macam kereta anda seorang je yang laju atas bumi ni.

Pada yang naik bas tu, kalau rasa bas bergerak lain macam je, pergi duduk sebelah drive dan pulas telinga dia. Mana yang pulang ke kampung dengan motosikal, kalau hujan lebat pastikan anda berhenti dan tentunya, motosikal ibarat mentimun dan durian. Anda melanggar atau dilanggar, kedua-duanya anda yang teruk. Jadi pastikan anda sentiasa alert dan pentingkan segala aspek keselamatan jalan-raya. Ingat, lorong kecemasan bukan untuk motosikal.

Akhir kata, kami ucapkan Selamat Hari Raya Aidil Fitri, Maaf Zahir dan Batin kepada anda semua tidak kiralah apa bangsa dan agama sekalipun. Paling penting, selamat bercuti!

P/s: Office kami cuti beroperasi, tapi page Oh! Media tidak akan cuti dan akan beroperasi setiap hari. Yosh!!

Follow kami di Twitter [@ohtweet] & Instagram [@ohmedia]

- Gambar kredit untuk Nurdiesid.

Comments (2)

Leave a Comment

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>