“Creative without strategy is called ‘art’. Creative with strategy is called ‘advertising’”

Kami percaya, dalam memilih sebuah medium pengiklanan yang berkesan, anda perlu melihat bagaimana sebuah penjenamaan itu diyakini oleh ramai orang. Kekuatan sebuah penjenamaan secara tidak langsung mampu memberikan impak yang terbaik kepada produk yang diiklankan. Berhati-hati memilih tempat pengiklanan anda. Hanya di Oh! Media, kami tampil sebagai sebuah jenama yang cukup dihormati dan disegani dan terus-menerus menyediakan perkhidmatan pada harga yang rendah untuk membantu para peniaga online dan offline seperti anda. Yakini kami sebagaimana kami yakin kekuatan penjenamaan Oh! Media ini mampu melakukan yang terbaik untuk anda!

Screen Shot 2013-02-24 at 1.34.25 AM

1.

Pengiklanan di Facebook: Dengan lebih dari 1,000,000 (1 Million) pengikut kami di Facebook dan Twitter, pengiklanan ini sememangnya sangat mampu memberi impak kepada perniagaan anda. Setiap pengiklanan di Facebook Oh! Media, ianya akan disalurkan secara automatik kepada ribuan followers kami di Twitter. Pengikanan yang akan dikeluarkan ketika waktu puncak bersama gambar atau video beserta caption melalui pagi kami ini akan kekal selama 8 jam di tempat teratas dan akan kekal untuk selama-lamanya di laman Facebook dan Twiter kami. [...klik untuk maklumat lanjut]

2.

Advertorial: Medium pengiklanan melalui artikel blog sememangnya telah terbukti mampu membawa impak yang begitu besar kepada sebarang pemasaran web atau produk. Kami menggunakan konsep yang begitu mudah. Sebuah artikel yang sarat dengan makluamt produk anda akan dilepaskan kepada umum melalui mana-mana blog network yang kami bersesuaian dengan produk anda. Dengan jutaan pageviews pada setiap bulan, artikel tersebut mampu memberikan kesan yang baik kepada pengiklanan anda. Artikel tersebut juga kekal untuk selamanya. [...klik untuk maklumat lanjut]

3.

Pengiklanan di Oh! Artis: Oh! Artis yang beralamat di www.ohartis.com adalah salah sebuah projek mega dan merupakan web terbesar yang berada di bawah jaringan syarikat kami. Memeriahkan dunia hiburan sejak 2008, ianya berada di dalam ketegori portal hiburan yang sentiasa menjadi salah satu pilihan utama pembaca berita hiburan di negara ini. Selain dari memberi jaminan impak kepada produk anda, kami masih cuba mengekalkan harga yang berpatutan sejak dahulu lagi kepada para pelanggan. [...klik untuk maklumat lanjut]

4.

Pengiklanan di Oh! Tidak: Oh! Tidak pula yang beralamat di www.ohtidak.com juga adalah salah satu projek terbesar kami yang memaparkan pelbagai perkara dalam kategori yang lebih bebas. Tanya sahaja sesiapa yang biasa melayari internet, pasti mereka akan mengenali web ini. Dengan kepakaran kami lebih 10 tahun, kami menghimpunkan pelbagai berita terkini dalam pelbagai kategori di dalam satu tempat. Kerana itu Oh! Tidak masih kekal berada di dalam hati lebih 1 juta pembaca kami setiap bulan. [...klik untuk maklumat lanjut]

5.

Pengiklanan di Oh! Geekz: Satu lagi projek kami terkemuka kami adalah Oh! Geekz yang mempelopori dunia review dan perkembangan teknologi semasa dunia terus kepada pembaca di Malaysia. Web ini beralamat di www.ohgeekz.com. Laman web berbahasa Melayu sepenuhnya ini sentiasa menjadi laman terawal yang memaparkan video dan review penuh pelbagai peranti terbaru di pasaran sebelum ianya dilancarkan lagi di negara ini. Setiap review yang dibawakan kami amat dinanti-nantikan rakyat Malaysia memandangkan usaha kami untuk menjadi media tempatan terawal yang memperkenalkan peranti baru lebih dekat kepada pengguna di dalam bahasa Melayu. [...klik untuk maklumat lanjut]

6.

Video Advertorial: Ini adalah servis terbaru yang diperkenalkan Oh! Media kepada pengetahuan umum selepas beberapa kejayaan kami dalam mempromosikan pelbagai produk pelanggan melalui video hasil dari kerja berkualiti krew kami. Servis ini bukan sahaja tertakluk kepada pemasaran premis perniagaan sahaja, tetapi terbuka juga kepada sebarang video pemasaran produk samaada ingin digunakan untuk pengiklanan ataupun sebagai profile syarikat/perniagaan anda. [...klik untuk maklumat lanjut]

Hubungi kami di ad@ohmedia.my jika anda memerlukan sebarang bantuan.


Setiap servis yang kami sediakan adalah berdasarkan keistimewaan dan kepakaran yang dimilik krew kami. Dengan beriklan di mana-mana blog network kami, anda sendiri akan merasai kelainannya. Blog network kami telah lama mempunyai pengaruh dan anda tidak perlu risau tentang itu. Satu kelainan yang akan kami berikan percuma ialah semua artikel yang dikeluarkan di blog network kami akan disalurkan kepada lebih 1 Juta followers kami di Facebook dan Twitter. Lebih ramai pembaca, lebih tinggi peluang untuk perniagaan anda berjaya. Kami memberi jaminan tentang ini atau wang anda akan dikembalikan.

Saya amat berpuas hati dengan servis dari pihak anda. Dari petang tadi pukul 1, sekarang baru lah saya boleh relax. Tidak cukup tangan saya nak melayan whatsapp, inbox, comment semua. Servis terbaik! – Lihat Iklan

Afham Fareez – Pemilik Tropikal Trade Shop

Saya amat berpuas hati dengan mengiklankan produk saya di page Oh! Media Network dan melalui pengiklanan ini juga buat pertama kalinya saya menerima jumlah pelawat lebih daripada 2,000 online reader dalam setiap minit.

Mohd Rasul – Founder of NotaHati.com

Feedback advertorial sebelum ini memang sangat baik. Alhamdulillah jualan meningkat, oleh kerana itu pihak PK Apparel bersetuju untuk mengiklankan sekali lagi bersama Oh Media.

Zulkarnain – Pemilik PK Apparel

Panggilan telefon dan SMS bertalu-talu masuk ke talian pejabat kami sampai mengeluh krew kami nak layan. Terima kasih Oh! Media. Inilah dinamakan pemasaran kilat yang saya cari selama ini!

Mohd Azamin – Consultant

Perniagaan saya yang dahulunya suam-suam kuku menerima impak dan pemerhatian yang sangat baik dalam masa yang singkat. Ianya memang seperti apa yang saya harapkan….!

Shakila Rawa – Muslimah Online


Mengapa Anda Perlu Beriklan Di Oh! Artis?